Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Tuesday, December 31, 2013

Ice pack yang best: Autumnz, Medela and Techni Ice

Assalamualaikum wbt...

Aku dah guna 3 jenis ice pack selama 5 bulan perjalanan penyusuan aku ni.
Firstly, aku pakai Ice pack Autumnz 3 pack free gift yg aku dpt masa beli breast pump Spectra dulu.
Autumnz Reusable Ice Pack

Dua tiga kali guna, ada bocor sikit di plastik pada salah satu ice pack aku.. So, jadi McGyver, aku masukkan ice pack ni dalam plastik..So gel tu x keluar.. Hehe. Still functioning with 100 efficiency. Ngeh3..
 Ice pack ni memang best. Eventhough lepas 11jam , bila dah sampai umah, still ada 30% ais x mencair. Suhu dalam cooler bag memang sejuk. Aku x risau susu akan jadi basi. Tak basuh pun spare part pump and terus letakkan dlm cooler bag dengan yakin. Memang x basi susu tu.

Tapi disebabkan nafsu yang tak terkawal, aku beli Ice pack lain iaitu Techni ice sebab saiznye lebih kecil and ada review cakap sangat bagus dan boleh tahan lebih 12 jam. Yang tu aku citer pasni.

Medela Ice pack
Second ice pack yang aku guna is Medela.Bentuk dia memang bergaya. Bila dia membeku, icepack dia memang rasa padat macam WOWWWW sgt..huhu. Tapi.......
Icepack ni x tahan lama..lepas 3-4jam dah cair..So memang aku x leh bawak p ofis sebab kat ofis xde fridge. Aku penah bawak icepack ni masa hari sabtu sebab kerja half day je.. Malam tu lupa nak letak susu tu kedalam bag plastik and simpan kat bahagian freezer. Esoknya aku tengok susu tu dah masam..Aiyyoyoyoy..So, aku wat kesimpulan yang icepack ni x bagus.. x tahan lama.Cecair dalam bekas biru ni macam air je..cayor,....sebab tu x tahan lama.. Yang Autumnz tu bentuk gel..tu yg tahan lama..


Third ice pack aku ialah Tehcni ice.
Aku beli ice pack ni lepas baca banyak review kata performance dia bagus. Beli dengan harga RM25 untuk 24 ketul.Bila guna, memang mengecewakan.Tak tahan 12 jam pun. and lepas dia mencair, luar icepack tu akan melekit n kena pada susu botol and other part of pump item. So, memang x boleh la kalau aku nak pakai balik pump yang x basuh tu sebab dah contaminated dengan gel techni ice tu.
Techni Ice


At last...sekarang ni aku cuma guna Autumnz balik yang free gift tu...Boleh simpan susu dengan yakin. Balik kerja pun x payah kalut simpan susu dalam fridge sebab memang selalu sangat ais tu x mencair 100%.
Secara x sedar, aku ni dah jadi peminat Autumnz plak..

Cooler bag Autumnz.
Botol susu Autumnz
Bra Autumnz



P/s : len kali nak cerita pasal cooler bag Autumnz and Medela plaksss..

Till then..Daa,

Meter keretaku 111111

Hehe...
Dah xde idea sangatke??
Meter kereta masuk bacaan 111111 pun nak heboh?
Ko pehal M??
K bai...

Friday, December 27, 2013

Kalau kau adalah LORI......

Hellooooo....
Kalau kau adalah lori..tolong la jangan dok di lane  kanan hokey!!!!
Silala dok di lane kiri jek..
nak-nak lagi kalu ko tu cuma bawak 40-60km/hr....
Agak2 la kan...ingat la sikit ngan pengguna jalan raya lain..
Terutamanye aku yg selalu bangun lewat nak p keja, ...selalu lambat bila nak kuar jumpa org ni.....
Haruslah aku pecut ...
Tapiiiiii..kalau dah korang dok di lane kanan..pastu lane kiri penuh ngan motosikal..acaner aku nak pecut kan???
Kalau time hari biasa ko kuar berjimba ngan keluarga naik kereta, mesti korang bengang tahap gaban jugak kan bila lori terkedek-kedek dok di lane kanan...

Pesanan ringkas ini dibawa khas kepada pemandu lori...pemandu bas...tanker..low loader ...dan yg sewaktu dengannya...

Terima kasih..
PON..PONNNNNNN!!!!

Tuesday, December 24, 2013

Bagaimana buat label dalam blog anda?

Assalamualaikum..
Hari ni aku belajar benda baru. Bagaimana buat label dalam blog anda??
ngeh2...senang je..cuma sebelum ni gue x tau..gugle punye gule, dapat la kaedah nye dekat blog NI . Memang helpful, tapi kena ubah2 sikit sebab blog aku ni layout dia lain sikit dari web tu.

X payah citer panjang n berletiaqq.

Step 1
P kat Layout
Step 2
Klik dekat 'Add Gadget' . Then cari 'Label'
Step 3
Klik Save
Ok. Settle untuk one step.
So, macam mana nak kategorikan post anda dalam satu2 label??
Jeng..jeng..

Step 1
Ko bukak new post macam biasa@pun ko buka mana2 post yang nak taruk label tu, pastu ko taip la apa nama label yang ko nak letak tu. Done!!  Simple kan??

Hokeh, kalau ko dah ada banyak post, x larat nak buka satu2, meh nak ajar sat macam mana nak buat banyak2 label sekaligus.

Step berikutnye..
Ko tick dekat kotak post ko tu banyak2 ikut grup label yang ko nak wat..contohnye grup 'breastfeeding ' @ grup ' cerita keluarga' , pastu ko tekan kat ikon label tu.
Then, ko choose la new label . Takpun choose je grup yang dah wujud macam kat anak panah yang aku tunjuk ni.
Kalu korang x paham lagi x tau le aku...hehehe...dah detail giloss ni..siap penuh pic dlm entry ni..
Korang mesti paham punye la...klu aku yng buta IT pun leh paham..korang yg celik2 semua mesti lg pandai..
kan..x gitu??
hehhe


p/s: korang perasan x aku dah pandai capture screen?? dalam enty INI aku x pandai lagi..NAnti kalu rajin aku wat entry macam mana nak capture screen plaksssss..

 Daaa....


Ape itu Nursing Strike?

Assalamualaikum..

Aku pernah cite kat SINI yg lil LD kena nursing strike selama beberapa hari. dalam bahasa melayunye org panggil mogok penyusuan badan. Senang cite, x nak menyusulah.

To be exact, betol2 dua hari dia langsung x nak menyusu. Hari ketiga baru dia start menyusu sikit..pakai botol dia nak..tapi direct feed dia xnak.

So..Punyalah aku risau takut berpanjangan sebab boleh terjadi lebih dari 3 hari dan berpanjangan .Ada kes kwn aku ni, baby dia masuk 6 bln tiba2 xnak menyusu EBM.mula2 baby dia x nak thawed breast milk, tapi pastu xnak yg chilled..and at last direct langsung x nk..terpaksa dia beli formula milk.Punya la sakit hati dia sebab susu badan still avalaible.. tapi baby yg x nak menyusu.So dia giv up.

Bagi aku..LD baru 4 bln..so x nak give up lagi.I know breast milk is the bes milk ever!
So, aku gugle intenet pasal nursing strike ni...
So, banyak sebab nape baby boleh kena nursing strike:
1)Terdapat beberapa sebab bayi anda menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah:

  • Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
  • Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
  • Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.
  • Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
  • Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
  • Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
  • Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
  • Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.
  • Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.
  • Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.

Antara sebab lain termasuk kesensitifan terhadap makanan atau kesensitifan terhadap susu badan atau alahan, atau kesensitifan terhadap krim atau produk wangi yang disapukan pada buah dada atau sekitarnya, atau mungkin telah berlaku perubahan dalam rasa susu anda. Perubahan ini boleh disebabkan oleh ubat, atau makanan tertentu, atau kedatangan haid atau mungkin anda telah hamil sekali lagi.

So, untuk atasinya, boleh wat kaedah ni:


  • Cuba berikan buah dada anda semasa bayi anda sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan badan apabila mereka berjaga akan mahu menyusu semasa mereka mengantuk.
  • Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
  • Cuba beberapa posisi penyusuan.
  • Susukan bayi anda sambil bergerak. Sesetengah bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau apabila dibawa berjalan berbanding disusukan semasa anda sedang duduk atau berdiri.
  • Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Selalunya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk mogok susu disebabkan dia amat terangsang untuk meneroka dunia yang baru dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "bersnek" di buah dada anda dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
  • Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap (cuba menyusu tanpa memakai baju atau semasa memandikan bayi). Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya



  • Haaaa...itulah ceghitanye bile gugle...semua maklumat ada...boleh tengok SINI kalau nak tengok cite susuku merudum and action plan yang aku wat. 

    Sekian...Thanks to http://www.babycenter.com.my/a1037242/menolak-penyusuan-badan

    Tuesday, December 17, 2013

    Bagaimana nak buat link pada post dalam blog??

    Hehe...nama pun baru berjinak-jinak dalam dunia blog secara aktifkan...(aktif ke? cuma 40 post within 2 years?). So hari ni aku dah belajar benda baru iaitu macam mana nak buat link dalam post  pada post anda yang satu lagi? eH....berbelit je ayat..hentam je lah..

    Meh   aku share sikit kat korang yang jugak x tahu macam aku ni,....hikhikhik..step ni aku dapat lepas menggugle pak cik gugle  kat SINI . (<---haaa...link macam ni la yg aku cakap..)

    Step 1: Ko bukak entry post macam biasa...Lepas tu ko taip keyword ape2 tempat org nak klik tu. Dlm kes ni aku taip SINI
    Step 2: Then ko klik Link


    Step 3: Ko copy la URL page yang ko nak bagi org bukak tu..ambik kat top toolbar


    Step 4: Ko paste la kat kotak link tadi. Tick dekat 'Open this link in new window'.
    Then click OK kat button bawah tu. Tadaaaaaa....Done..

    Gigih tol aku amik pic pakai phone pastu bluetooth..ekekeke...nape xleh print screen ek??? dia kata Error occurred while trying to save or publish post. Nak kena gugle lagi nih...

    Bersalin di Hospital Kerajaan Vs Hospital swasta

    Assalamualaikum wbt.
    Aku rasa semua ibu yang bakal bersalin mesti akan pernah terfikir sama ada nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta kan?
    Masa aku mula2 tahu yang aku mengandung dulu, awal2 lagi aku dah set dalam kepala yang aku nak bersalin di hospital swasta. Kenapa aku nak swasta , and bukan kerajaan??? dah banyak duit sangat ke???  nak menunjuk-nunjuk ke???

    Definitely a big NO!!

    Reason is:
    1) Aku nak doctor perempuan
    2) Aku nak doctor perempuan
    3) Aku nak doctor perempuan
    4) Aku nak doctor perempuan
    5) Aku nak doctor perempuan
    6) Aku tak mau jadi macam tikus putih jadi bahan eksperimen budak2 praktikal (kena keliling katil)

    Kenapa dah sampai 5x plak reason sama? 1st thing is sebab aurat. Auratku cuma untuk suami tersayang.
    Aku x nak take chance gambling whether I can get doc laki ke pompuan during delivery time.Kalu korang ni orang Ipoh, korang tahu la sendiri Hospital Besar Ipoh tu macam mana. Sangattttttttttttt la crowded.

    Aku pernah masuk wad GH ni sekali masa early pregnancy sebab ada small bleeding sebab uri di kedudukan bawah. Layanannya not so bad, except for 1 doctor pompuan yang kerek gilossss..
    Nasib aku baik sebab x kena seluk doc laki masa dlm wad. Cuma masa scan perut je  kena ngan doc laki. Masa tu punyalah ramai org...2 doc laki (muda- baru graduated kot)..sorang doc pompuan( senior)  and beberapa org nurse lagi.Serius menggeletar badan aku takut kena seluk ngan doc laki ni..menciiiiiiiii..!!
    nasib  terselamat.! itupun aku dah malu giloss...

    Kali kedua masa umur kandungan aku 32minggu, bahagian bawah abdomen sebelah kiri tersangat sakit, so aku p GH lagi( sebab En Suami dah bising sangat cakap aku suka take for granted) . Nasib aku betul2 baik( berkat doa pada Allah ) sebab yang seluk tu doc pompuan (Doc junior). Elok je lepas dia seluk aku, datang doc laki senior.
     ''I dah check patient ni( aku la tu), Doc nak check lagi sekali ke?'' , kata doc pompuan junior kepada doc laki ni.
    Aku dah rasa nak tercabut jantung .. Berdoa dalam hati supaya doc laki ni x nak check dah.Alhamdulillah.....
    ''No need. I'll scan her tummy only''..
    huishhhhhhhhhhhhh..lega.. pesakit yang lepas aku semuanye kena check dekat doc laki ni..Disebalik tabir aku bleh dengar doc laki ni suruh sorang patience chinese muda buka kaki dgn  betol.Tp amoi tu malu2 tak ikut arahan.Agak2 la korang..nak kena kangkang kat rmai2 org.sape x malu??kalau Cina pun reti malu, ni kan aku yang perempuan melayu terakhir n beragama Islam ni!

    2 insiden tu dah cukup buat aku betol2 fobia nak p GH lagi. AKU X NAK DOC LAKI CHECK TUTTTTTTTT AKU!!!!
    .so..dgn gigihnye aku kumpul duit n finally berjaya bersalin d hospital swasta which I choose Doc pompuan..mestilahkan..x kan pilih doc laki kot ??

    Kronologi

    1) Sampai di perkarangan hospital - disambut oleh 2 orang nurse . Sorang laki n sorang pompuan. Yang laki tlg p park kereta, n yang pompuan sorongkan aku naik wheelchair ke labour room.Pengalaman bersalin aku kilk SINI

    2) Labour room - disambut seorang nurse. Ayat pertama dia ape?? welcome to labor room??NOOO....ayat emas dia ialah, '' Patient lagi???''. dengan muka masam ketat  n tak puas hati. KUajaqqqq......aku dtg hospital ni bayar hokey.....Nasib baik aku tengah sakit contraction. En suami aku pun macam terkesima dengan sambutan hebat Hospital SWASTA ni...

    3) Tukar baju semua...masuk ubat...OK...normal..biasa je..

    4) Bila contraction dah makin kuat, nurse and doc memang menghilang jek...tinggal aku berdua je dengan suami..mungkin perkara biasa kot sebab ada rmai lagi nak bersalin haritu.Tapi aku bengang gak la...Kalau x de suami, aku dok sorang2 je la dalam labor room tu.

    5) Masa nurse check bukaan, memang gentle. Tak sakit. Walaupun tadi muka ketat, tapi dia professional la..OK. dimaafkan.

    6)Masa nak bersalin-Doc M n nurse senior dibantu nurse junior.ok...layanan n support perfect.Thumbs up.Takde org laki langsung masuk labor room.Doc  M siap suruh suami aku bukakan tudung aku lagi sebab nampak aku berpeluh2 n x selesa.

    7)Lepas bersalin nurse senior yang salinkan srmua...baju...pad ...etc..aku n en suami  tak payah wat pape...aku rehat je biar dia wat semua.

    8) Jahitan kat Tuttttt x  sakit.Jahitan kemas.Dia jahit 3 knot.Kira selamat sikit..klau terbuka, dia x kan terbuka semua berbanding yang 1 knot je.Keburukannya, ko akan rasa benang menyucuk-nyucuk kat kulit tiap kali duduk sebab  knot-knot tu....dalam kes aku..1 knot terbuka sebab lasak sgt.

    8)Masa dipindahkan ke wad- 1st time nak buang air kecil. aku macam fobia n takut jahitan terbuka.so tekan loceng minta nurse assist walaupun suami ada.Sebab dia pun risau tak x tau nak tolong camne.Nurse datang dgn muka x friendly langsung.Tolong tu pun mcm paksa rela...Hampehhhhhhhhh! ini ke layanan  hospital swasta? ke ini standard layanan kat mana2 spital?.Ke aku yang high expectation?

    9) Baby cuma dihantar ke katil bila diminta. May be sebab nak bagi mamanye rehat.. tapi macam biasa.Bila request for baby sebab nak try bagi susu for 1st attempt, macam biasa no smile!!! apehal?????spital ni memang budaya muka masam ke?okeh...aku ni adalah dikategorikan manusia yang kerek di ofis aku..so..aku tau bila org wat muka kerek tu macam mana gayanye. aku leh nilai..so..kesimpulan aku pada nurse2 d sini adalah dorang ni memang keresk gilosssss doohhhh..Dah la masa ajar aku macam mana nak susukan bayi pun ajar nak x nak je...adoiyaiiiiiiiiii...ape kena ni?? Ke ni kifarah dosa aku??sebelum ni aku je wat muka kerek kat contractor2 yang berurusan keja ngan aku,,skang ni dibayar cash plak.What goes around comes around. Actually, layanan nurse Hospital  GH is much more better.

    10) Kesalahan paling besar Hospital ni dah buat: 

           a)Salah tulis blood group aku. Kalau ada transfusion darah, memang aku dah kiok dah tika ni. Nasib xde.Doc Kampar bagitahu yang kesalahan ni adalah kesalahan besar. Boleh bawa maut.

           b) Bacaan tiroid lil LD abnormal. Tapi dorang x repeat test and also x inform aku or En suami pasal keabnormalan tu. Aku cuma tahu tentang ni bila lil LD kena prolong jaundice. Bila hospital Kampar bagitahu, baru kitorang aware. Hospital kampar buat follow up dengan Hospital P so call Swasta tu..Memang menyirap betol darah bila Doc di kampar bagitahu kalau bacaan tiroid x normal, tumbesaran baby akan terbantut. Gila doooh...so serious but yet they inform nothing???Siap pakar pediatrik di Hospital P jumpa aku sebelum discharge bagitahu aku baby semua normal. Normal hangguk dia! Dia x tengok ke report? Mengikut Doc kampar, sepatutnye dorang kena repeat test. May b sampling pada tali pusat x betol.  Dah la masa dia cakap semua Ok, I did asked whether my lil baby already poo poo or not. and then he answered he dont know??? what the???? Lepas tu baru dia p tanya nurse and nurse mention memang LD dah poo pooo....so which part in the earth yg lil LD is Ok aku x tau..Tapi..alhamdulillah...lepas hospital GH wat repeat test utk bacaan tiroid , semuanya OK.Bacaan normal. Diorang mention, may be masa Hospital P wat sampling, ada kesilapan, And that is normal and always happened. Tapi, kalau ada abnormalities, they MUST repeat the test. En suami bengang gila terus call Hospital P service desk. Diorang suruh lodge email report. Dooohhhhhh...Kitorang x lodge sebab rumah mertua aku x de intenet. By the time aku balik Ipoh, tahap kemarahan dah lebur. Lagipun malas nak marah2...nanti penuh dengan ion negatif jek.


    So..ape yang bestnye bersalin kat swasta ni? best sangat ke?
    Dari segi masa beranak tu, aku memang puas hati dengan Doc M. Other part? Doubtful.
    Aku cuma cerita berdasarkan pengalaman aku je...lain orang lain pengalamannya..Macam mana bersalin di hospital kerajaan?? yang tu x dapat nak cerita sebab x pernah lagi,....

    So, kalau ada rezeki baby kedua, nak p mana? Hospital P ke GH?

    May be nak try Al -Ridzuan plak kot...Insya Allah...kalau dimurahkan rezeki.


    SO..what is your story??

    Friday, December 6, 2013

    EMERGENCY !!! MAYDAY !!! Susuku merudum

    Neee...noooo...neeee...nooo.....bunyi ambulan..
    Tulun..tulun....hari ni pam susu cuma dapat 4 oz je untuk kedua2 miss B?????
    Terkezut betol pagi tadi bila tgk hasil yang x seberapa.Aku dah start panik.Sebelum ni wat bodoh je bila sign susu merudum tu dah ada.

    Sebelum ni aku x ambik port sebab mengenangkan bahagian freezer aku tu dah penuh. Tak muat nak simpan susu. SO aku x kisah sangat bila susu berkurang dari 10 oz ke 7 oz.
    Tapi, pagi ni dah alarming, cuma dapat 4 oz je untuk satu session. Session kedua pun dpt 4 oz je.
    Ape dah jadi???

    Mula2 dulu masa mula2 naik keja, aku bleh dapat minimum 9 oz..maksimum 11 oz senang2 je..especially session pagi..and dapat 8-9oz untuk session tengah hari n petang. Jarang sangat dapat 7oz je.

    Lepas aku tukar ke breast pump Medela, aku perasan susu dah kurang. Dpt 7-8oz je..Most of the time 7oz la..So, aku salahkan Medela. Tapi, skang ni aku perasan yang susu dah cair. Even babysitter pun ada tegur susu aku cair.  Lil' LD kurang menyusu. Kalau dulu dia nyusu 5 botol for 3.5 oz each, skang ni nak minum 4 botol pun very hard.  Almost time pukul 5 lebih aku ambil dia baru dia minum yang ke-4 tu.Selalu mesti berbaki 1 botol yang aku wat balik.

    Masa tu aku wat enteng je sebab masa tu ingatkan dia nak berubah bulan. and masa tu jugak dia tengah belajar nak meniarap.

    Tapi.........kemuncaknya bila dia kena Nursing strike!!!! (Ape benda nih?? next entry yer klik SINI).
    2 hari lil' LD x nak menyusu. Kena plak 2 hari tu sabtu n ahad yang aku memang x kerja. Hari 1st day tu aku dah risau. tp no action taken. dia cuma betol2  nyusu 3x je kalu x slh aku dlm masa 24 jam. The rest dia main2 hisap sambil nangis beria2 , meliang lintukkan badan macam kena palu. Bagi soother dia hisap beria plak. Aku bagi susu pakai botol pun x nak..lepas paksa gila2 baru dia hisap sikit.

    Malam tu jugak aku menggugle pakcik tenet...dapat tau pasal nursing strike..
    So, ape aku buat...aku susukan dia time dia mamai...Memang dia minum...tapi bila dia jaga.. Ya Allah....meragam!!. Nasib baik anak baru satu..kalu x , jenuh nak melayan.


    Apa reason susu merudum??
    1)May be sebab time tu jugak la stock ESP shaklee aku habis,.Lebih 2 minggu jugak stock terputus.
    2) Alfalfa pun aku makan cilok2 je..
    3) Time ni jugak la susu Anmum aku habes..x restock..haha..
    4) Period la plak..
    5) Aku selalu skip sesi pumping.. bz pulak sejak 2 3 menjak ni..(sebab tu blog ni x dihupdate..Betoi ka ni???) . Tambahan lagi freezer dah full. Bila x de tempat nak simpan susu, mula la aku mls nak ngepam. NAk beli deep freezer rasa mcm kedekut plak. Kang bertambah bil api umah aku tu. Stock susu aku ni bukan la banyak gila smpai leh tahan 3 bulan.  Stock ada 1 bulan jer..rasa macam rugi plak kalau beli tapi x optimize kan usage.
    6) Aku ada makan satu jenis pil ni. Manjakani based.  May be effect rasa susu.

    So..ape next action plan aku??
    1) ESP dah sampai semalam. SO aku akan start minum balik
    2) Alfalfa akan dimakan dengan teratur
    3) Anmum dah di re-stock. Cuma x sempat nak bancuh.ekekekeke
    4) X leh nak wat ape...wat anak je lah...ehhh???heheh (lil' LD nak adik x??)
    5) Kena rajin pam...
    6) Stop immediately.


    Hmm...chaiyyok..Ya Allah..kurniakanlah rezeki susu untuk lil' LD and  berterusan sampai dia umur 2 tahun.. Amin..

    Monday, November 11, 2013

    Pencarian stroller lil'LD berakhir jua


    Assalamualaikum w.b.t..

    Aku dah start searching stroller dari LD dalam perut lagi via pak cik gugel.
    Lama betul nak wat desicion.Ada beberapa kriteria yg mesti dipenuhi yg buatkan susah sgt aku nak wat desicion.
    Antaranya ialah:
    1)Bajet bawah Rm 500(plg utama)
    2)Muat bonet myvi
    3) Light-bleh handle sendiri semasa ketiadaan En Suami.
    4)Boleh umbrella fold- bleh masuk dlm troli bila xnak pkai masa shopping
    5)Cun, smart,sporty
     6)Easy to handle
    7) Reversible handle

    Perggghhhhhgh......banyaknye kriteria. Hehe..
    Sooooooo.......berjayakah aku memenuhi kriteria tersebut?jeng.....jeng...jeng...

    Result:
    1)Bajet burst sikit. Harga stroller Rm569 + lapik dlm stroller Rm44=Total Rm613
    2)Memang muat bonet myvi  tp besar jugak makan ruang..tinggal space sikit je utk brg lain.


    3)Bleh thn .8kg camtu n kecik after fold.. ( kecik sikit dari SCR6) .So aku leh handle sndiri ( tp first time terkial2 gak la nak masukkan dalam bonet sebab canvas sit tu kena detach dari structure dia bila fold)
    4) X tercapai.
    5) Gila tak cun? sporty gila.I loikeee..Red collor
    6) Yes!! Easy to install and dismantle.
    7) Tercapai.

    SO.....apekah brand and nama stroller pilihan ituuuee??

    SCR12


    First time enclosed pic lil LD. tido je dia dlm stroller ni.


    Kitorang beli stroller ni dekat Aeon Pengkalan.
    Mulanya kitorang nak beli SCR 6. Hampir nak beli dah sebelum nampak SCR12 ni. Yg buatkan aku x jadi beli SCR 6 sebab saiz tayar belakang dia bapak besar gila. And bila fold....MAKKKKKKK..besarnye....sales girl tu cakap bonet Myvi muat tapi muat dia ajer lah..nanti kalu balik kampung acaner? barang kitorang memang selalu x muat bonet..melimpah ruah sampai seat belakang ( mentang2 la anak baru satu..angkut semua benda wat balik kg).

    Tp yg bestnye SCR6, bila ko wat pusingan atau membelok..perggghhhhh memang best giler...smooth jek,..sebab 3 tayar... SCR 12 ni macam x smooth sangat bila maneuver sebab dia ada 4 tayar.
    And bakul SCR6 a lot bigger than SCR 12. SCR 12 nyer bakul serius kecik and limited. Tapi sebab hati dah berkenan, kitorang biar je la..


    Kalu bajet x berapa kencang, actually SCR3 pun OK gak.  Cuma kekurangan dia x leh reversible handle..susah sikit la kalu korang tolak new born baby...susah nak tengok dia eventhough got peep hole.




    So..kitorang dah pakai sekali..satisfaction rate is 8/10..
    Mostly because of: x smooth maneuver, bakul kecik, and x se'sporty' SCR6.
    HEHE...


    K..bai.!!

    Saturday, November 9, 2013

    Bengkung murah vs Bengkung mahal? Mana satu pilihan kalbu?

    Assalamualaikum wbt..

    Wah..wah..wah.....tajuk.....dah macam org berniaga aku tengok.
    Kenapa nak buat tajuk pasal entry ni? nak meniaga ke?
    Hehe...x lah...saje..nak berkongsi pengalaman.

    Dolu-dolu sebelum bersalin, aku ada beli  girdle a.k.a bengkung Premium Beautiful through on9( kan aku dah kata..aku ni giler shopping on9). Harga dia lebih kurang RM 700 gitu.


    Masa tu aku bersemangat pakai kejap ajer. Lepas tu lebur. x pakai. Yang menyebabkan aku decide nak beli bengkung mahal ni sebab testimoni katanya boleh membantu para isetri yang nak mengandung. Alah..malas nak citer lebih2..korang search sendiri la ek ape faedah pakai PB ni.
    Pendek kata..aku ni memang mudah terpengaruh..so beli je lah...once dah beli, semangat pakainye kejap je..
    pastu dah x pakai dah..
    So tersimpan elok dalam gubuk kat umah tu..
    Lepas bersalin, aku rasa renyah tol nak pakai bengkung org bersalin yg tali panjang tu..

    So, aku pakai balik PB ni. Mula2 memang ketat gile dowhhhhh..ye r...ko pakai bengkung yg saiz sebelum bersalin...dolu-dolu berat kau cuma 54kg je..haa....dah beranak dekat 75kg hokey...sesak nafas aku..hinssss...hinss....nak cangkuk yang paling luar sekali ( ada 3 lapisan cangkuk).

    Tapi, yang bestnya, dalam masa seminggu, aku dapat tukar cangkuk yg paling dalam sekali i.e yg plg kecil...aku sangat la sukaaaaaaaa...heheh..skang ni memang dah selesa dah bengkung ni ngan aku..aku still pakai bengklung hari2 eventhough lil LD dah masuk 3 bulan setengah...

    Memang tersa sangat skang ni perut aku dah x menggelebeh macam masa mula2 bersalin dulu..
    Teringat lagi Mak and adik aku ngutuk aku cakap perut aku still macam ngandung 2 3 bulan lepas sehari bersalin lil Ld.. Agak2 la korang nak ngutuk aku pun,....terasa tau. Ye r ..masa tu berat aku rasanye 70kg kot....Sedih dowh...
    Berkat kesabaran aku ber'girdle' sepanjang masa, skang perut aku dah kempis. And even better than before ngandung..dulu berlapis-lapis macam kek lapis eventhough berat aku cuma 54kg and BMI aku in a nice value.

    Skang ni perut aku dah x berlapis-lapis n bertingket-tingket dah...Tapi, x de la semua lemak tu  lenyap..still ada lagi,...agaknye aku kena kurangkan berat sampai jadi 50kg baru lemak ni lenyap kot...
    Skang ni berat aku statik dekat 54 kg ajer..ari tu turun sampai 53.5kg..pastu naik balik...hissshh..hish....nak turun susah,...naik senang.....



    eh...dah lari tajuk ek???
    OK ..nape aku x pakai bengkung murah yang berpulu-puluh ringgit je??
    Dolu-dolu..aku selalu beli bengkung..rasanya ada dekat 4 helai yang murah aku beli...bila x sedap pakai, (cepat berlipat bila duduk, pastu cepat menggeleber) aku beli lain..macam tu la continuously.....
    ha..kauu......hambik ..bila dah beli gebabumm yang mahal rabak poket aku, baru aku stop beli lain dah..


    MEMANG SANGAT PUAS HATI dengan PB nih.  Kemas bila pakai. Ada tulang yang support tulang belakang ko.Tak berlipat. Kain selesa.
    Aku rasa macam nak beli full set pasni( without girdle) kalau ada rezeki lebih. Insya Allah...
    Dlm tenet dah gaban banyak pasal kelebihan PB ni.. ada infra red la...bleh letakkan ovari pada tmpat yg betulla...aku x amik kisah sangat..janji perut kempis...

    Sekang ni, aku pecaya gak la ngan testimoni2 org2 yg dah pakai menda alah ni..
    Kira macam kalah membeli ,menang memakai la...

    hikhik...
    so..tepuk dada tanya selera...
    kalau kau mampu, go for the good one la..
    tp..ada jugak org yg pakai yg murah yg berkesan kan? and selesa bg dorang..
    Tapi aku ni, biasa la...Org ada, aku pun nak ada jugak...haisssshhhhhhh..nafsu setan semua tu,,.,


    Hokey....tu je la nak citer..ada motip ke?

    p/s : aku bukan penjual PB pun...coretan ni memang ikhlas dari aku selaku pengguna PB yang  berpuas hati.

    Thursday, November 7, 2013

    Review breastpump Anakku, Spectra Dew 300 dan Medela freestyle

    Assalamualaikum wbt pembuka bicara...
    Lama benar dah x menghupdate blog ni...dah dekat 3 minggu kot? Banyak benda nak share tapi dok merangka ayat dalam otak je...xberkesempatan pulak nak masukkan dalam blog nih..
    eceeewahhh...macam bz bebenor jer..
    OK,,berbalik kepada tajuk di atas.. ( awat aku skema sangat ari nih??)

    Anakku Manual
    Ini breast pump first yang aku pakai..beli selepas seminggu bersalin sebab x tahan breast engorgement..sakit dowhhhhh...susu meleleh-leleh....sumpah cakap kat hang memang sakit....bengkak....nak angkat tgn pun sakit...kena air pancur masa mandi pun sakit...skang ni??? serius aku ckp bila dah engorge, aku x rasa sakit pun...cuma rasa ketat and x selesa je...ibu2 lain aku x tau la pulak...

    Oitt...melalut plak..
     First time pakai, aku cuma dapat 1 oz untuk kedua2 belah,,,frustrated..tp think positive..aku anggap je sebab aku perlukan masa untuk adapt dengan pump ni...lama2 dah ok...boleh dapat full tank..yabedabeduuuu...pump ni memang best..suction dia memang kuat..bentuk pun comey...yang x bestnye  part dia banyak...and...valve dia sangat senang koyak...mula2 tu aku tampal salotape, tapi lama2 bila basah kena susu, dia cabut balik,,dah jadi xde suction..potong stim plak nak mengepump...pastu aku jadi mcGyver, aku sumbatkan valve Spectra Dew 300 kat Anakku...ok ler..bleh la nak hidup..tapi, kejap2 aku kena bukak pemegang dia nak kena ketatkan balik,,,sebab dia x fit nicely,,..
    Tapi..penat r nak mengepump..gilir2 tangan kiri kanan..dalam 15-20minit aku boleh dapat sampai 9-10oz..penah dapat 11.5oz.. (sejarah!!)
    Rating?? 9/10 for manual pump. Memang di suggestkan utk mommies yang lain2....
    Harga: RM 69.90..
    Beli kat Tesco ajer...
    Lepas x tahan nak mengerah kederat, aku decide untuk beli pump elektrik i.e Spectra Dew 300.

    Nampak x valve Spectra yang senget benget lepas dah pump sebotol?




    Spectra Dew 300

    Aku beli pump ni through online..via Onebabyworld..
    Harga: RM 500..Pakej..macam2 free gift ader..drying rack..autumnz bra..autumnz cooler bag..autumnz ice pack..blanket..RM10k insurance( tp aku x penah send back form dia..so x dapat)..warranty 6 month..10bottles of autumnz storage milk..


    Aik...mengiklan nampak? duta ke? hikhihkihkhikhi..

    Memang best giler pakai pump ni....rasa nak jerit2 suka bagitau korang yang aku sukaaaaaaaaaa bangat ngan pump  ni...sebelum naik kerja..aku x pernah terlintas nak tukar ke pump lain sebab dah fall in love dengan pump ni....tp.........
    Bila masuk keja, susah nak angkut sana sini sebab dia bulky and heavy,,1.6kg...macam sekilo gula setengah,,,pastu nak kena pasang extension pulak sebab tempat aku ngepam tu x de soket  supply..kena plak bawak extension sendiri..lepas pakai dah satu kije nak kena gulung balik..kalu x ..lebur..ada kaki....kat ofis ni, ko letak pensel atas meja pun bleh lebur..dahsat...
    bila dah gulung extension tu, tangan jadi kotor,,,satu kije plak aku kena p pantry..basuh tangan....pastu p bilik ngepam balik( aku pam dalam setor je...tempat aku solat)...dah consume a lot of time (speaking pulak dah,,,hehe)

    OK..berbalik pada citer cik Spectra Dew 300 ni ye...
    suction dia kuat..tp boleh laras...ada org  review cakap sakit....tp bagi aku x pun.....sebab dah terbiasa ngan suction Anakku yang kuat jugak...miss B aku melecet sikit je...x perasan pun...tengok2 dah berkuping..huhuhu..

    Aku boleh dapat 8-10 oz dlm masa 15minit...kurang daripada hasil Anakku sebab aku ngepam dalam keadaan stress....

    Spare part dia x banyak macam Anakku and Medela.

    Bunyi dia x bising..memang seyap..Kalau ngepam tepi lil'  LD memang dia x terganggu . Tapi lil' Ld ni sensitip bangat..bila tekan butang pump tu, 'tik'dia leh terjaga..bunyi motor yang hinsss...hinss... tu x de plak... bunyi yang continuous bising ni dia Ok je..sama jugak bila p shopping mall yg bising gila...dia sedap je tido...tp.......kalau bunyi yg seketul je memang dia akan terjaga...hatta jiran sebelah rumah tinggikan suara ngan anak dia pun dia leh dengar....haisshhhhhhh..

    Lepas x tahan dengan kepayahan mengangkut dan menggulung extension, lepas seminggu masuk keja, aku terus order Medela Free Style..
    dahsat kan aku..kalu nak satu2 barang tu, memang dan2 tu jugak aku nak...mcm mana buat pun mesti aku nak jugak...by hook or by crook...x leh x dapat..aku leh termimpi-mimpi....pendek kata makan x lalu, mandi  x basahlah...

    Dah satu kije aku p korek emergency saving ..huhu..

    Rating: 9/10 jugak...nape x 10/10 kalu dah sukaaaaaaaaaaa bangat? sebab xleh pakai batery and bulky..tu jek...


    Medela Free Style
    Akhirnya aku beli jugak pump yang jadi idaman kalbu setiap ibu bekerja...
    Harga: RM1450. Aku beli through online jugak..dekat Lelong .Dari website Babyhouz.com.Laju shipment dia. Hari ni bayar, esok tengah hari dah dapat. Ada warranty setahun by that company, not Lactaequip . Leas habis setahun still bleh send kat situ kalau pump rosak, tapi kena bear the cost la.
    Aku ni memang giler shopping online...tiap2 bulan bila dapat gaji, mata ni mula mengodek-ngodek website Lelong lah..Mudah lah..Lazada la..lagik??

    Best sangat ke pakai pump ni????

    Hmmmmmmm..first time pakai, aku keciwa bangat....aku pump dapat dlm 7oz je...suction x best macam spectra..miss B sakit..handfree kit dia leceh nak pakai..
    Tapi, aku pujuk hati aku...miss B need time to adapt to this new gadget,..sehari...dua hari...tiga hari...aku bagi masa kat pump ni...
    Hari ke-8 baru aku betol2 rasa puas hati ngan pump ni...baru susu leh dapat 7-9oz dlm masa 15 minit..but most of the time, aku dpt lebih kurang 7-8oz je...Alhamdulillah...x baik tau cakap 'je'...

    Sekarang ni aku dah boleh dpt hasil yg sama in shorter time..between 11-12minutes...

    Yang TAK  BEST nyeeeeeeeeeeee?????
    disebabkan pump ni ada 2-phase expression, miss B aku lambat kuarkan susu...dulu ngan pump2 lain, bila suct terus kuar susu,..tp yang cik Medela ni plak ayu2 jer kuar masa 1st phase...penah sekali pada minit ke 1:25 baru susu kuar..

    Persoalan kenapa lil' LD macam nak muntah bila hisap miss B terjawab..rupanya sebab xde susu mula2 tu...(may b sebab pump dia stimulate dulu)...macam kita la..cuba hisap jari ke ape2 ke yang xde kuar ape2/ kosong ....mesti rasa nak muntah kan...

    ''Medela has been the first company worldwide to deeply research babies and their feeding behaviour, resulting in our pioneering 2-Phase Expression Technology used in our electric breast pumps. This technology is based on the natural sucking rhythm of the baby: Short, stimulating movements are followed by longer, more intensive ones, ensuring an optimal milk flow. Its faster let-down and maximum milk flow significantly reduces pumping time. So you can express more milk in less time - and be more comfortable in the process.''

    Lagi satu yang x bestnye, back cap dia macam ada gap sikit..so bila x pegang elok2 especially lepas ngepam and nak buka corong tu, susu bleh tumpah..dua tiga kali gak aku kena.Menyirap darah sekejap bila dekat 0.5-1oz susu tumpah....rezeki  Allah bagi tu ....
    Nampak x gap kat bahagian neck tu?



    Bunyi motor dia bising sikit dari Spectra..terrrr....terrrr.....terrrr....memang bergema satu rumah aku kalau pump waktu pagi...hihihi...tp still bleh acceptable lagi....bila ngepam guna handsfree kit pagi2, aku akan bersiap mekap semua ngan tapau susu semua sambil ngepam....sambil2 jalan...so xde la dgr sgt motor tu sebab berlawan dengan tapak kaki (aku memang pakai selipar dalam rumah. nak ngelakkan sakit urat..huhu)...En Suami and lil' LD x terjaga la..kira acceptable jugak la bunyi dia...

    Tapi, dah sebab aku beli menda alah ni riban-riban...aku pakai je la...Yg best nye sebab ringan nak dibawa kehulu kehilir tanpa perlu stress...boleh free style..sambil drive pun penah aku try masa on the way nak ambil LD dari baby sitter.Tapi rasa x selesa sikit even kereta Myvi tu auto especially bila nak buat U-turn...kalau nak keliling roundbout agaknye lagi susah kot...ye r...2 botol susu dok tergantung dekat miss B...mesti susah sikit..pakai seat belt pun susah.Kena adjust betoi2. Risau gak tiba2 ada roadblock ke hape, kang kalut pulak nak tanggalkan handsfree kit tu..tp setakat ni x pernah kena la..
    .
    So..Spectra dew  300 vs Medela Freestyle? sape menang?? I bet Spectra yang menang..
     Rating?? 7/10

    Spare part yang nak cuci pun banyak sikit dari Spectra, tapi yang OKnye sebab senang nak cuci sebab spare nye besar2 and x banyak lekuk..

    Mula2 aku macam nak guna Medela kat ofis at daytime, and nak guna Spectra bila dok umah...tp bila pikir balik, aku xnak miss B and my brain ni kompius...so...aku just stick to Medela je lah....

    Ini pengalaman aku la....org lain x tau..may b x sama kan...

    K...Bai...
    P/s: Spectra Dew 300 untuk dijual...murah2...RM300 ajer...

    Monday, October 28, 2013

    Meja berserabut, Otak kreatif?

    So...betol ke org kata meja berserabut/berselerak ni otak kreatif??
    Heheehe..aku ni adalah di kalangan  org yg bermeja serabut. Kreatif  kah aku?
    Rasanya biasa2 je kot...Ex-bos aku dulu meja dia serabut..ape yg x de atas meja dia? u named it...heheh..aku pun sama2 suka menyerabutkan lagi meja dia...simpan macam2 barang kat bilik dia (tumpang)..konon x nak bagi hilang...sian ex-boss aku tu..kena buli ngan kuli...hikhikhihkhihk..yg aku pasti, dia memang kreatip..ala2 mcGyver gitue..
    MEmang samseng la orgnye..rambut panjang..jalan mcm samseng..mulut kuang hajaq..(ngan aku x r..kitorang dah macam abg adik..)..tp hati dia memang baik...best oo dpt boss camtu..nak amik cuti senang gila..xyah sakit kepala..macam2 pertolongan dia dia dh bagi,..sampai carikan air ketum pun ada...hahahaha( utk En suami aku yg ada gout yer...jgn salah faham)..tau x dia ni adalah manager..gaji dekat 10k ..tp dtg keja naik motor cabuk..bila hujan lampu motor x nyala..kena ketuk baru nyala..ekekekekekekek...dasat bos aku..tp wife dia nai Toyota Wish la...sayang bini nooo...

    Uitt...dah melalut sampai ke laut aku..Ok..berbalik kepada tajuk di atas? betoi ke?
    Kalu aku lah...bila kemas meja aku ni.pastu bila aku nak cari barang..konpem x jumpa..
    tp..kalu berserabut meja tu..senang je aku nak cari barang..hahahaha..memang kreatip la..
    Ni bukan meja aku daa..pinjam dari En google




    Ni kajian tu...bukan aku reka2 naaaa...

    Haa...yg ni meja aku...punya la besar cubic aku...semak..ngan mee goreng x makan lagi...sample anchor..supik gelenya ( ore kelate je paham ni)..part rosak bawah meja..paperwork penuh atas meja x bersusun...ngan beg breast pump lagik...hahahah,...memang berserabut la ko mama LD..

    Cubic aku lah yg paling besar kat ofis ni..menyenangkan aku nak semakkan ofis...hahaha

    Saturday, October 26, 2013

    Career development milestone

    Adusssssssssssssssssssss...boss aku suruh buat slide tentang my career milestone la pulak..dah 2 minggu dia suruh prepare...tadi baru aku anta..selamba jer anta lambat walaupun date line dia minggu lepas..
    hanta plak ppt yang x menarik langsung..blank je background..wording pun cukup2 makan jek...memang x nampak effort langsung....uhhuhuuhuhu..dahsat betol aku ni.nak kembangkan career ke idak ni? x kan sampai pencen aku nak jadi planner je nih? denggg..

    X sampai 5 minit aku send ppt tu, bos datang duduk kat tepi aku..suruh buka email tu..
    Bos korang hade? baik siot...patut panggil je la aku masuk ofis dia..huhu..
    mentang2 ari ni ari sabtu...4 org je yg ada kat ofis ni..si kerani pun tau cuti..? aku bila nak wat keja ni? asyik hupdate blog and berblogwalking je nih....haiyyyoooooooo...

    bos komen suruh wat professional sikit,...bagi kalerful sikit...tersengih haku...hikhikhikhihkhi..sedar pun diri aku..wat ppt macam tu..budak sekolah rendah pun leh wat better...

    Aku malas tol r nak memikir ni..
    bos..ape kata bos je tolong pikirkan nak saya jadi ape dlm 5 thn akan datang..
    sy mls r nak memikir..
    saya terima je seadanye bos nak saya keja  ape..section mana..bos lempar je sy memana..pandai la sy nak idup nanti...ekekekke..( xde wawasan tol aku..)  ...

    hikhihkhikhihkhhkihkhihk..
    k lah,.,nak p memikir jap..
    bai

    Alkisah Tong Gas

    Uittttt......
    Dah x de topik lain ke nak tulis?
    Muahahahaha..tiba2 terasa nak berkisah pasal tong gas Petronas yang guna untuk buat masak tu...
    Sepanjang 2 tahun  kawen...baru 3 kali aku tukar tong gas..Yg saiz besar( Tong hijau campur pink)

    Kali pertama masa 1st time masuk rumah sewa, 2 minggu sebelum kawen...
    Kali kedua..sebulan sebelum cukup setahun aku pakai tong gas tu..
    Kali ketiga, sebulan selepas aku pindah masuk rumah baru yang aku duduk sekarang ni..jugak selepas setahun..
    Dahsat x? muahahahahaha..satu tong gas boleh tahan setahun uollllssss...
    Summary yang boleh dibuat?
    1) AKU JARANG MASAK....WAKAKAKAKAKAKAKA
    2)AKU JARANG MASAK
    3)AKU JARANG MASAK

    itu je kesimpulannya..kalu ko dah asyik masuk dapur masak..mesti la gas cepat abes ye tak???
    ngeh2.....
    k bai..

    Sunday, October 20, 2013

    Yeayyyyy!!!beratku turun lagi!!

    Yes!!!!
    Alhamdulillah..berat aku turun lg 2kg...
    so berat skang dah lagi kurang dari sebelum ngandung..
    rahsia??

    susukan lil' LD sekerap mungkin je    ...x de ambik supplemen apepun...

    k...bai...

    Sunday, October 6, 2013

    Spectra Dew 300 to let go



    Assalamualaikum..
    Ada sesiapa yang berminat untuk beli second hand Spectra dew 300?
    Baru je guna 1 bulan lebih dan sangat berjasa kepada aku. sangat2 berpuas hati dengan breast pump  ni.
    Ni stok yang dah berjaya dikumpulkan dalam masa 1 bulan jer.
    satu sesi pumping


    Hasil pam sebulan  semasa berpantang. Dah guna selama 5 hari pun sebab dah start bekerja


    Spectra Dew 300




    Nak let go sebab aku nak beli medela free style.

    Meh sini nak share kelebihan n kekurangan breast pump ni. Boleh jugak baca SINI untuk tengok review aku sendiri terhadapa Spectra ni vs other pump.

    Kelebihan
    1-suction boleh laras. bleh perlahan n laju ikut keselesaan.
    2- Sangat best guna. x menyakitkan.
    3- Guna elektrik. so x yah guna kederat nak pam...sambil main fesbuk pun boleh pumping.
    4- pump nye sangat la cute .button pink.comey,.
    5- boleh divert jadi double pumping

    Product Description

    The super-powered Spectra DEW 300 electric breast pump will take care of all your expressing needs – whether you are pumping just now and then or a hard-working mum expressing 8 x a day for her baby, the Spectra DEW 300 is here to help. Whisper-quiet, so your pumping won’t disturb your baby, and with a gentle yet highly effective pumping action that mums love, the Spectra DEW 300 is going to make your life easier.
    The Spectra DEW 300 electric breast pump comes as a single pump as standard, but is easily able to be adapted into a double pump just by adding on an extra breast shield. Double pumping is a great way to save time and by increasing the stimulation to the breasts, often results in a greater milk flow and better supply.
    Don’t worry about compatibility – an adaptor with the pump so you can pump straight into Avent or other wide-necked bottles if you have them. If you need bottles – just add a box of 5 Spectra BPA-free milk storage bottles with no extra postage charge.
    Contents
    • Spectra DEW 300 main pump
    • Breast shield x 1
    • Bottle x 1
    • Soft teat x 1
    • Tubing x 1
    • Bottle stand x 1
    • Disc x 1
    • Cap x 1
    • Backflow filter x 2
    • Membrane x 2
    • Wide neck adaptor (to enable use with Avent and other wide-necked bottles)
    All components in contact with your milk are BPA free.
    Technical specifications
    • Vacuum range 0 ~ 300 mmHg
    • Cycle length 46 RPM
    • One year Warranty
    • Motor life 1,500 hours
    • Country of origin: South Korea
    - See more at: http://spectra-baby.com.au/product/spectra-dew-300-electric-breast-pump/#sthash.8nFjNS6I.dpuf
     6- heavy duty and hospital grade
    7- bunyi pump yang perlahan..Lil' LD memang x terjaga pun bila aku pump tepi dia.
    8- boleh disambungkan dengan mana2 botol susu standard saiz


    Kekurangan
    1- saiz pam besar.separuh dari bola bowling
    2- pam berat. dalam 1kg.(tapi ada handle)
    3- x boleh pakai bateri.

    Nape aku nak jual?
    Sebab aku nak beli medela free style. sebabnya ada fungsi bateri.n free style. boleh pam dii mana2.. bila sudah bekerja ni, susah aku nak cari tempat ngepam yang ada elektrik..so...terpaksa let go spectra dew 300 ni...so sad...urmmmm..

    Nak let go murah2 je... RM 350  300(exclude postage)...boleh nego.
    Aku bagi sekali dengan extra breast shield . so korang leh buat double pumping. As for ur info, kalu korang beli kat kedai, standard breast pump adalah single pump jer..
    aku akan bagi complete set sama masa macam aku beli dulu....
    Berminat? mesej me...
    Contents
    • Spectra DEW 300 main pump
    • Breast shield x 1
    • Bottle x 1
    • Soft teat x 1
    • Tubing x 1
    • Bottle stand x 1
    • Disc x 1
    • Cap x 1
    • Backflow filter x 2
    • Membrane x 2
    • Wide neck adaptor (to enable use with Avent and other wide-necked bottles)
    All components in contact with your milk are BPA free.
    Technical specifications
    • Vacuum range 0 ~ 300 mmHg
    • Cycle length 46 RPM
    • One year Warranty
    • Motor life 1,500 hours
    • Country of origin: South Korea
    - See more at: http://spectra-baby.com.au/product/spectra-dew-300-electric-breast-pump/#sthash.j8KKRfs3.dpuf
     
    Contents


    1. Spectra DEW 300 main pump
    2.Breast shield x2
    3.Bottle x 2
    4.Soft teat x 1
    5.Tubing x 2
    6.Bottle stand x 1
    7.Disc x 1
    8.Cap x 1
    9.Backflow filter x 2
    10.Membrane x 4
    11.Wide neck adaptor (to enable use with Avent and other wide-necked bottles)


    All components in contact with your milk are BPA free.






    Product Description

    The super-powered Spectra DEW 300 electric breast pump will take care of all your expressing needs – whether you are pumping just now and then or a hard-working mum expressing 8 x a day for her baby, the Spectra DEW 300 is here to help. Whisper-quiet, so your pumping won’t disturb your baby, and with a gentle yet highly effective pumping action that mums love, the Spectra DEW 300 is going to make your life easier.
    The Spectra DEW 300 electric breast pump comes as a single pump as standard, but is easily able to be adapted into a double pump just by adding on an extra breast shield. Double pumping is a great way to save time and by increasing the stimulation to the breasts, often results in a greater milk flow and better supply.
    Don’t worry about compatibility – an adaptor with the pump so you can pump straight into Avent or other wide-necked bottles if you have them. If you need bottles – just add a box of 5 Spectra BPA-free milk storage bottles with no extra postage charge.
    Contents
    • Spectra DEW 300 main pump
    • Breast shield x 1
    • Bottle x 1
    • Soft teat x 1
    • Tubing x 1
    • Bottle stand x 1
    • Disc x 1
    • Cap x 1
    • Backflow filter x 2
    • Membrane x 2
    • Wide neck adaptor (to enable use with Avent and other wide-necked bottles)
    All components in contact with your milk are BPA free.
    Technical specifications
    • Vacuum range 0 ~ 300 mmHg
    • Cycle length 46 RPM
    • One year Warranty
    • Motor life 1,500 hours
    • Country of origin: South Korea
    - See more at: http://spectra-baby.com.au/product/spectra-dew-300-electric-breast-pump/#sthash.8nFjNS6I.dpuf

    Product Description

    The super-powered Spectra DEW 300 electric breast pump will take care of all your expressing needs – whether you are pumping just now and then or a hard-working mum expressing 8 x a day for her baby, the Spectra DEW 300 is here to help. Whisper-quiet, so your pumping won’t disturb your baby, and with a gentle yet highly effective pumping action that mums love, the Spectra DEW 300 is going to make your life easier.
    The Spectra DEW 300 electric breast pump comes as a single pump as standard, but is easily able to be adapted into a double pump just by adding on an extra breast shield. Double pumping is a great way to save time and by increasing the stimulation to the breasts, often results in a greater milk flow and better supply.
    Don’t worry about compatibility – an adaptor with the pump so you can pump straight into Avent or other wide-necked bottles if you have them. If you need bottles – just add a box of 5 Spectra BPA-free milk storage bottles with no extra postage charge.
    Contents
    • Spectra DEW 300 main pump
    • Breast shield x 1
    • Bottle x 1
    • Soft teat x 1
    • Tubing x 1
    • Bottle stand x 1
    • Disc x 1
    • Cap x 1
    • Backflow filter x 2
    • Membrane x 2
    • Wide neck adaptor (to enable use with Avent and other wide-necked bottles)
    All components in contact with your milk are BPA free.
    Technical specifications
    • Vacuum range 0 ~ 300 mmHg
    • Cycle length 46 RPM
    • One year Warranty
    • Motor life 1,500 hours
    • Country of origin: South Korea
    - See more at: http://spectra-baby.com.au/product/spectra-dew-300-electric-breast-pump/#sthash.8nFjNS6I.dpuf

    Warranty ada sampai bulan January 2014.

    Friday, September 27, 2013

    Set bersalin pilihan hati Nona Roguy

    Bukan senang aku nak pilih set bersalin Nona Roguy sebagai set berpantang aku.Punya lah pulun aku google testimoni pengalaman orang sama ada forum ataupun blogger. Set yang paling aku berkenan adalah Tanamera, Nona Roguy dan Shaklee.

    Setelah berbulan2 buat pertimbangan, aku decide untuk ambil Nona Roguy. Aku x pilih Tanamera sebab sebelum ni aku dah beli looses itemnya i.e Virgin Coconut Ooil(VCO) ,lavender floral water, brown formulation body  soap dan herbal massage oil. Aku beli masa aku mengandungkan little LD 6 bulan. So, barang2 ni x abes guna lagi.. kalau aku beli set bersalin, maka akan berlakulah pembaziran....huhhuuhu..lagipun barang2 ni ada lagi n memang aku guna jugak masa berpantang,,,especially brown soap dengan vco.

    aku x pilih shaklee sebab aku x suka makan pil yang banyak2 tu..tu je reason dia..heheh

    aku pilih Nona Roguy sebab within my budget, ramai bagi testimoni positif, yang makannya cuma satu ..yang minum pun cuma satu..so..sesuai sangatlah ngan aku yang x suka menelan n minum ubat-ubatan ni... aku beli set NR ni guna online je..aku beli set NR + free gift dengan harga RM300. Murah..Lagi murah dari beli di luar..Aku dah tanya dah, harga bukan ahli adalah RM360. Daaaaaa???? ada harga ahli bagai ??? kat intenet xde pun....

    So, apa pandangan aku setelah guna set NR ni? Puas hati x? Rating?
    Ok..set NR ni consist of:

    1) Akar herbanika - sedang minum sekarang,.  memang rasa mcm air akar la,..xsedap kalau minum macam tu je..tapi kalau tambah sesudu madu asli..thumbs up!! boleh la minum bagi org yg mcm aku ni...aku minum lepas LD dah masuk sebulan sebab dia ada prolong jaundice. badan rasa ringan and x rasa nak memerap kat tilam jek...

    2)Krim herbanika barut- soooooo oily. I dont like it at all.!! tpi sebab dah beli aku guna jugak.. x abes pun lagi

    3) Herbanika lulur - super best!! pigment faded. tapi x semua la.it will take time lorr...dah abes aku guna..kulit rasa lembut pas guna..tapi kuku akan jadi kuning...haha...ada kunyit kot.

    4) minyak herbanika - dah namanye minyak..soo it's oily..x suka jugak sebab x panas and x rasa apa2...aku pakai kejap je pastu stop.still ada lagi sebab aku guna herbal massage oil from Tanamera sebab less oily. and the most important thing, x meninggalkan kesan warna kuning dekat baju..

    5) uncang cuci herbanika - habes dah guna...ok la..i think so..sebab jahitan aku terbuka selepas seminggu..bukan salah item ni ye..tp salah sendiri sebab lasak sangat...almaklumlah..hari2 ulang alik p hospital sebab lil' LD kena jaundice.

    6) Phytonatal - sempat makan dua hari je. sebab lil' Ld x tahan .dia cirit..aku pun kena cirit jugak..so  tunggu LD besar sikit, aku nak makan balik sebab benda ni berkhasiat (ikut testimoni org la) n mahal..sayang kalu x makan.

    So?? kesimpulan??
    Aku x leh nak rate sebab x guna habes. haha..so?ape point entry ni?? wakakakkaka...

    Tapi yang paling penting, dalam masa sebulan, berat aku turun 19kg,  tanpa makan ape2 suplemen pun..thanks to my MIL yang dengan ketatnye jaga pemakanan aku. makan ikan bakar, sup sawi/kucai n nasi putih je.,.....haha..kurang garam plak tu..lagi la cepat turun sebab garam bleh menyebabkan water retention.
    Sebelum bersalin berat aku 75kg ( gila dohhhhhhhhhhh...)..aku aim nak turun sampai 54kg  sebab nak macam sebelum preggy..aku ada 1kg lg nk turun..susah dooo..bulan kedua berpantang cuma turun 1 kg je..ye r.dh mkn bnyk n mcm2...lagi plak tu lemak2 degil yg lama2 yang memang dah susah nak diuraikan...

    1 lagi reason berat aku turun mendadak is becoz of breastfeeding. Alhamdulillah...LD dapat khasiat..aku pun dapat nikmat jugak..and..jangan lupa pakai bengkung..aku pakai bengkung traditional yang tali panjang tu kejap je..leceh r..so aku pakai bengkung moden premium beautiful yang aku beli sebelum preggy dulu..lagi selesa and best..tgk hargga la plak kan? nak beli satu set PB x mampu..so beli bengkung je la..memang best pakai bengkung ni ..rate 8.99 out of 10.

    seronok tol bila ramai puji yg bdn aku dh slim balik...muahahahhahahahhahaha
    baju2 sebelum preggy pun dh muat balik..muahahhahahahhaha sekali lagi..


    Hehe..tu je nak ckp..
    ekekek
    till then. Daaaaa.....

    Monday, September 23, 2013

    Pengalaman Bersalin Anak Pertama

    Assalamualaikum w.b.t
    Wah...lamanye x update blog.. 2 bulan setengah blog ni sepi je ..kalau rumah kena tinggal agaknya dah bersawang dah..
    Kenapa lama x update blog? why?
    tadaaaaaaaaaa....sebab I've become a mommy....
    Tanggal 26hbJuly2013, pukul 1:50pm, genap 38 minggu 5hari kandungan aku, maka lahirlah seorang khalifah kecil di dunia ni yang kami namakan Luth Danish (LD). Sedap namanya kan? hehe...Danish maksudnya bijak..
    Ok..berbalik kepada tajuk kat atas tu, meh nak habaq sat macam mana pengalaman bersalin aku yg sangat mengujakan tu.. eceeeewahh

    Macam biasa, pagi tu aku bangun sekitar 5pg untuk sediakan sahur. So, makanlah aku n En suami dengan khusyuknya tanpa sebarang petanda yg mencemaskan.. Lepas sahur, kitorang sambung tido balik..Pukul 6.30pg aku bangun untuk solat subuh...Ok lagi..x sakit apa2 pun  lagi..elok je lepas solat subuh, aku rasa sakit di perut  masa nak baring untuk tido semula ( hari tu public holiday-Nuzul Quran). Aku biarkan je sebab ingatkan tu sakit kembung perut sebab dah 4 hari aku x buang air besar.. So, ingatkan perut x selesa..Pukul 7 aku dah rasa sakit2..biar je..x bagitau En suami lagi.Aku tahan je sakit tu sampai la pukul 9pg. Bagitau en Suami yg perut aku sakit. Dia tanya , " Sakit nak Beranak ke?'' , aku yg blur pun jawab , ''entah, mana la tau..Xpernah beranak..sakit perut nak berak je kot..'' . dia ajak aku gi hospital tapi aku cakap kat dia , ' Kita tunggu lagi setengah jam.kalau sakit jugak baru kita pergi hospital.'.

    Masa tu aku still x buka puasa lagi. Sayang oo sebab serius aku x tahu sakit perut just kembung ke or itu braxton hicks or contraction. Yang buat aku doubt adalah sebab last time, Dr M cakap sakit petanda nak beranak ni akan datang sekejap2...dua tiga hari atau seminggu sebelum nak beranak, akan rasa braxton hicks tu.. bila dah nak dekat beranak iaitu setengah jam sekali kena braxton hicks, baru kena pergi hospital. Aku kompius sebab sakit aku ni serang 2 kali bagi setiap 10minit.. x kan la contraction kot...darah sikit pun x kuar...tanda2 dua tiga hari sekali atau setengah jam sekali langsung aku  x rasa.. x kan langkah bendul kot?? terus2 sakit advance  ni..Hehe..tapi betul la org cakap, sakit nak bersalin ni berbeza bagi setiap ibu..

    Ok..dipendekkan cerita, pukul 9.30pg kitorang decide nak pi hospital. Aku buka puasa dengan beberapa teguk air masak dan buah kurma (percuma kfc) 2 biji yang memang aku letak tepi kepala katil. En suami dah turun bawah and aku request suruh dia masak telur ayam kampung separuh masak sebiji. Tak sanggup den nak telan telur mentah..Haha..Bleh memilih lagi tu,..

    Dalam pukul 10pg, kitorang gerak ke Hospital P yang jaraknye lebih kurang 18km dari rumah kitorang. Separuh perjalanan, aku terasa ada cairan kuar dari tutt..x bagitau en Suami lagi..rilek dulu sebab aku ingatkan air mazi kot...sebab sikit je...elok lepas  setengah km lagi, kuar lagi ..banyak sikit dari tadi..rasa suam je..x sedap hati ..bagitahu en Suami  , ' syg rasa air ketuban dah pecah kotttt....' . bleh lagi aku rasa2...
    en Suami dah kelam kabut, terus tekan emergency lamp n pecut je kereta..langgar lampu merah..Masa tu sempat lagi aku berangan yang tiba2 kena tahan polis sebab break the law, pastu bila polis dapat tahu aku nak beranak terus  polis trafik tu iringkan dengan motor dia yang bergaya tu..muahahahahaha...berangan tol aku..tapi x de ape berlaku la..haha...jarak ke hospital masa tu lebih kurang berbaki 3km je..

    Dipendekkan cerita, kitorang tiba di perkarangan hospital and en Suami turunkan aku depan pintu besar. Sempat lagi aku bagitahu dia suruh p parking keta dulu n aku akan tunggu di kerusi lobi..Cool gila..tp, ada dua petugas hospital sambut kitorang..sorang tolak wheelchair and sorang lagi tolong p parkir keta tu untuk En suami..Hospital swasta kan...kalau hospital kerajaan x tau la dorang sambut ke x..ke mati kena cari tempat parking sendiri kat Hospital Besar Ipoh tu..

    Nurse tu tolak aku p labor room..while En suami p register. Masa dalam bilik labor room tu, nurse check bukaan rahim. Surprising uolls,,,,,,,,4cm dah buka!!!! Biar betik!! Bukan ke dalam blog ramai share cakap anak sulung ni setiap 1 jam cuma buka 1 cm?? Patut la sakit sangat,..Nurse cakap memang air ketuban dah pecah tapi x kuar banyak...sikit2 je.. Lepas tu nurse cucukkan ubat berak dalam tutttt...dia suruh tahan 5minit...tp lepas seminit aku dah rasa nak terberak gila..aku bagitahu nurse, aku dah nak berak sangat ni..dia suruh tahan..''tunggguuuuu dulu''.....''xtahan la nurse....nak berak sangat dah ni....''
    Nurse tu wat muka x puas hati sambil jeling..''ye la ye la..p la''..
    Aku apa lagi...terus lompat turun katil masuk toilet hanya lepas 2minit masuk ubat..

    Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...lega yang amat sekali bila semua isi perut kuar...ye la..dah 4 hari kot dok dalam  usus besar aku tu..

    Lepas tu nurse cucuk ubat dekat tangan nak bagi contraction lagi cepat..masa tu pukul 11pg. Lepas dia cucuk, Ya Allah.....sakitnya...setiap seminit dah contraction datang..masa tu en suami la jadi penguat semangat..kalau x de dia..lemah den..dibaginya tangan dia suruh genggam kuat2..dia ada offer suruh gigit, tapi x sampai hati..hehehe....masa tu dia dah siap call mak..mak mertua..adik ipar bagi tahu aku dah nak beranak..aku pulak bila contraction datang je mesti menggapai nak pegang tangan dia...terasa mengalir kekuatan bila genggam tangan dia....eceeeewahhh...betol...x tipu..

    Pukul 11 lebih, Dr Mimin datang check bukaan. Dah 6cm. Doc check lagi sakit dari nurse.Masa nurse check tadi, gentle je,...Bleh tahan kasar jugak Doc ni..walhal muka lembut jer...cakap pun sopan je..Masa ni aku minum air akar fatimah beberapa teguk. X nak minum awal2 sebab org kata nanti contraction berganda2 sakitnya...

    Sakit  memang x tahan sangat..org kata, sakit nak beranak ni yg kedua sakit lepas sakit nak mati..x tahu la betol ke tidak. en suami dah pasang bacaan Quran dan surah yasin guna telefon ..Lega sikit dengar ayat2 suci..
    Nurse asyik masuk tanya aku ada rasa sakit macam nak berak x? aku cakap x de..dia check bukaan dah 7cm..Doctor dah lebur p bilik sebelah..ada amoi pun nak bersalin jugak..

    Masa nurse check bukaan 9cm, dia tanya lagi. Aku cakap xde rasa nak berak pun..
    Then..dia tinggalkan aku n suami berdua je..most of the time dalam labor room tu, memang  banyak ditinggalkan je...masa dah sakit gila, aku cakap je kat suami,...dah rasa nak berak ni ( padahal belom...aku just nak bg doc n nurse masuk  layan aku plak..)..dia p panggil nurse..
    Bila nurse check, dia kata dah buka 10cm.Masa tu lebih kurang pukul 1.20pm..2 jam lepas induce ubat..6cm ke 10cm dlm 2 jam? Waktu yg paling mencabar sekali..dah siap minta ampun kat suami n mak semua...hehe

    Doc masuk n check, kata dah nampak rambut. Dr Mimin suruh En Suami tengok sekali...malu....hoooooo..
    en suami dengan excitednya, 'Yang, dah nampak rambut baby ...teran yang..'..

    Bermula la episod aku meneran..bila sakit je teran..terasa yg aku terberak and terkencing..rasa malu then aku stop teran..tapi bila sakit..aku teran lagi. pukul 1.40pm macam tu, aku dah x larat nak teran..ye la..makan kurma dengan telur sebiji je..mana nak ada tenaga...Doc suruh suami bagi aku minum..aku request nak makan buar kurma yang memang aku bawak...
    Haha....ada ke org lain yang makan masa  proses beranak? Doc layan kan je..dia suruh suami aku cubit kecil2 suapkan aku..

    Sepanjang2 waktu aku  bersalin tu, surah yasin terus dimainkan..bila dah habis, Doc tu  siap cakap,''eh, dah abes ke?''..En suami ulangkan balik bacaan tu..

    Dek sebab penat sangat , aku hampir tertidur masa proses beranak a.k.a bersalin tu. Suami n doc kejutkan x bagi tidur...dorang suruh aku teran..aku wat bodoh je sebab memang dah x larat sangat...Doc cakap sayang kalau nak kena vacuum sebab kepala baby dah nampak...Bila doc bagi semangat and suami bagi semangat x jalan, tiba2 ada satu ayat doctor ni yang strike aku macam kena panah halilintar gitu,dusssssssshhhh...

    ''M.., jgn rehat lama sangat. Nanti baby naik balik''

    Terus aku bersemangat balik. bukan sebab takut baby lemas ke , komplikasi ke ape. tapi sebab aku  x nak usaha aku dok meneran dari tadi wasted macam tu je..nanti aku kena start dari mula balik..penat doooooohhh..

    So....

    iyarkhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...aku teran sekuat hati( jerit dalam hati je la) and sepanjang yang boleh..Doc asyik cakap,'' bagus M..u can do it....teran lagi M..''. suami pun 2x5..
    Aku x peduli dah dia cakap ape...yang aku tau, aku cuma nak teran bagi penderitaan ni cepat berakhir.

    finally..
    Alhamdulillah..akhirnya berjaya kuarkan kepala baby,  Dr Mimin terus seluk masuk tangan and tarik kepala baby...Terasa doc tarik  ...mula2 dia tarik kepala...pastu stop few second..and then continue tarik semua..dia gunting bahagian tutttt pun aku x sedar..En suami tgk masa doc gunting tu...(dia leh berlagak cakap, xtakut pun...sbb kawan2nya kata gerun tgk masa gunting perinium tu..).
    Pastu doc tarik uri plak..terasa licin n laju uri kuar...

    Doc letak baby atas dada aku n suruh tengok jantina...
    SSSooooooooooooo cute...putihh...merah....n comeyyyyyyyyyyyyyyyy sangat.....baby boy..3.0kg
    ingat lagi first ayat aku,
    '' Kenapa kepala dia mcm tu?  (Lonjong)''
    doc ckp nanti dia akan elok sendiri..rupanya sebab doc tarik kepala baby tadi..Oooooo..
    Welcome to the wold , my lil' baby..




    Lepas tu mula la sesi menjahit... x rasa sakit langsung sebab dah kena bius masa perinium kena gunting tadi..cuma bila doc tarik tu macam ada rasa ngilu sikit..tapi x sakit pun..kwn  aku yg bersalin d goverment bgtau dia kena jahit hidup2 di perinium without bius.apekah??betulkah???Si suami temankan kejap je..pastu dia dah lebur pi azankan baby n tengok baby..siap amik gambar n rakam video baby lagi..
    Malam tu dalam pukul 8pm baru aku try susukan baby..tp xde susu kuar pun...hehehe

    Ada yang bertanya, apa tips aku bersalin dengan agak senang? Senang ke? hehe...x de tips ape pun...cuma aku ada gak buat senaman kegel(jarang2), ada minum coconut virgin oil masa dah 36minggu lebih jenama Tanamera,, ada buat urutan dekat perinium..pendek kata, tips2 dalam google ni aku dah cuba semua..hehe..tapi, aku ni biasalah, ..x istiqamah..aku buat bila teringat je...
    Lagi satu, aku ni kira banyak berjalan jugak..sebab ofis tempat keja aku jauh dari tempat parking kereta...mau dekat 15minit jugak aku jalan hari2.,...tu tak termasuk pergi kantin or pergi main ofis untuk meeting lagi....sigh....

    So, kesimpulannya, sebenarnya semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t..doa lah banyak2 tiap kali lepas solat..minta dipermudahkan..hanya Dia yang boleh membantu pada saat getir tu.. jujur aku katakan, waktu sakit contraction tu, memang akal kita dah hilang pertimbangan...masa tu dah x boleh fikir apepun..
     
    bila suami aku suruh istighfar..aku istighfar..
    bila dia suruh mengucap..aku mengucap...
    bila dia suruh sebut Allah..aku sebut Allah..
    patutla org dah dekat nak mati ni kita kena bisikkan kalimah Lailahaillallah...sebab dia dah x leh nak fikir ape dah..cuma bertarung maut je masa tu...

    Berakhirlah sudah citer yang panjang lebar amat ni...sekadar perkongsian..and juga peringatan untuk diri sendiri...

    The End..

    Wednesday, July 3, 2013

    Personal loan untuk settle car loan?

    Assalamualaikum..
    Kenapa tajuk entry kali ni bertanda soal?
    Jawapannya sebab kepala otak aku ni pun dah bersoal macam2,....tp yg bagusnya, dah terjawab dah semalam bila aku ambik cuti khas  utk p Bank I untuk tanya pasal personal loan ni...
    Mulanya aku berminat nak ambil personal loan dari Bank I untuk settlekan loan kereta. Pinjaman kereta aku ni adalah untuk 9 tahun..Aku dah bayar 5 tahun, so tinggal lagi 4 tahun..

    Harga kereta = RM 49,000
    Bank selling price = RM 67,000
    Monthly payment = RM622
    Sudah Bayar = RM 37,320
    Balance = RM 29,680 ~ RM 30k
    Interest rate = 4.1%
    Tahun pinjaman = 9 tahun

    So, macam mana nak kira interest yang dikenakan?

    Harga kereta x interest rate x tahun pinjam
     Rm 49,000 x 4.1% x 9yrs = RM 18,081

    So, selling price  is =  Harga kereta + interest
                                 =  49k + 18k
                                 = 67k

    Ikut fahaman aku yang dangkal ni,  aku divide kan interest 18k kepada 9 tahun( sebab aku nak settle kan car loan tahun ni jugak) = 18k / 9 = RM 2000 per year..
    So kalu dah bayar 5 tahun, maknanye aku dah bayar interest sebanyak RM 10k dah..So..kalu aku settle kan dalam masa terdekat ni, aku akan dapat rebate sebanyak RM 8k... Tu dah kira bayaran untuk kereta setahun dah,...meaning to say, aku dah leh jimat pinjaman sebanyak setahun...
    Anggapan aku, RM 67k -RM 8k = RM 59k  ni adalah selling price bank  kat aku...n since aku dah bayar RM 622 x 5years x 12 month = RM 37320, so I thought balance kereta yang perlu aku bayar adalah RM 59k - RM 37.32k = RM 21.68k.. punya la aku syok sebab ingat nak wat personal loan RM 20k and settlekan car loan ni sebab interest dia murah, 2.35% je..interest car loan aku ni 4.1%....

    TAPI...

    Rupa-rupanya pihak bank jauh lagi smart dari aku...muahahahahahahahahahahaha( gelak jahat n x puas ati)..
    Bila pihak bank , En A semak dalam sistem, rupanya aku still kena bayar kat bank RM 27k untuk full settlement , and bukan RM 21.68k... and kalau aku bayar ikut tempoh yang ditetapkan, i.e another 4 years to go , amount dia RM 30 k lagi....AIKKKKKKKKKKKK???? Kenapa? Why? Porke? Kiuuu? Limaza? Bezanye cuma RM 3k je???? tu tak kira caj insuran, perkhidmatan lagi..bank cakap..mau kena RM28k kalau nak wat full settlement...

    Then, Encik A pun terangkan lah...Calculation untuk kira total interest yang bank kenakan tu dah betol...
    Harga kereta x interest rate x tahun pinjam
     Rm 49,000 x 4.1% x 9yrs = RM 18,081        ____________ correct already


    TAPI...

    Calculation untuk kira interest yang dah dibayar are totaly not correct... Rupanya bank memang dah ada polisi yang sangat bijak dah untuk cover benefit untuk depa....Daripada bayaran bulanan RM 622 yang aku dok bayar x de miss tiap2 bulan tu, bukannya makna 50% pergi ke principal, 50% pergi ke interest..depa ada ratio lain...may be 40:60...ataupun 30:70...nak dipendekkan cerita...untuk tahun2 awal pinjaman kereta ni, kita bayar bunga je banyak..principal sikit je,....macam kes aku ni,...maknanye, dalam 5 tahun ni, aku dah bayar interest keta sebanyak RM 15k .....HAHHHH? macam mana kira tu?

    Bank selling price 5 years = total sudah bayar (RM 37320) + perlu bayar untuk settlement ( RM 27k)
                                              = RM 64320

    kira senang, Total interset ( RM 18k ) - Rebate interest ( RM 3k) = RM 15k ---> interest yang dh dibayar..

    So..kalau bayar dalam masa 9 tahun ( RM 67k ) , tapi kalau bayar 5 tahun ( RM 64k)... Rebate bank bagi cuma  ~ RM 3k je....tolak caj2 urusan nanti tinggal la rebate RM 2k je...hmmmm....tak berbaloi menyusahkan diri wat personal loan...mencacatkan slip gaji je sebab depa akan buat direct potongan gaji...

    Nak tau kenapa bank wat proportion macam tu?
    1) Kos perkihidmatan
    2) Keuntungan bank
    3) Kos nak bayar gaji pekerja
    4) sewa bangunan
    5) Kalau semua org wat settlement awal, rugilah bank,..
    etc...etc....



    So..in the end of the story...aku x jadi wat full settlement...x untung pun...
    N most important thing is....banyak betul yang aku belajar semalam...
    The end...

    Friday, June 28, 2013

    Pemakaian tali pinggang keledar/ seat belt untuk ibu mengandug

    Assalamaualaikum...
    Hari ni tergerak hati aku nak cerita pasal peraturan pengguna jalan raya pakai seat belt di jalan raya.
    Ada sorang kawan yang tumpang kereta aku hari tu tegur aku bila dia tengok aku pakai seat belt sebaik saje kereta bergerak:

    'Eh, u ngandung kalau x pakai seat belt pun x pe..polis tak saman punye..I dulu penah kena tahan polis n dia tanya nape x pakai seat belt..bila I bagitau I ngandung then, dia cakap OK.."

    aku tau memang ada kwn ckp kalu ngandung x yah pakai seat belt...tp aku jawab macam ni..

    ' I tau..tapi  I rasa x secure kalau x pakai seatbelt..kalau dulu x ngandung, memang culas sikit kalau bab pakai seat belt...bila dah masuk kawasan taman perumahan je terus x pakai...tapi skang ni,..bila dah ngandung I nak ensure I and baby selamat...so, I akan pakai sampai la kereta dah x gerak..'

    Betol..x tipu...memang aku jadi skema sikit sejak mengandung ni..aku takut kang jadi ape2 ke..kalu terdorong ke dashboard, sape susah? aku n baby jugak....so..better pakai..
    Tadi saje search kat google..ni contoh soalan yang dah dijawab org bertauliah:

    Adakah perempuan mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar?
    -Ya. Perempuan yang sarat mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar.


    Ni plak ilmu baru yang aku baru tau:

    Berapakah umur penumpang yang akan diambil tindakan saman sekiranya tidak memakai tali pinggang keledar belakang?
    Tindakan saman hanya akan dikenakan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.

    OOOO..baru cek tau...

    Monday, June 24, 2013

    Kaedah Samak Rumah

    Wow..2 entri dalam masa 1 jam?
    Pecah rekod nih..

    Masa tengah bersemangat nih ape kata aku taip je ape yg terlintas kat kepala ni...
    Teringat lagi 2 bulan lepas..aku adalah salah sorang pen'google' yng banyak google pasal macam mana cara nak samak rumah..
    As u know( buat2 tau je la yerk) , aku kan baru je beli rumah second hand... the previous owner was a chinese, a.k.a non muslim..and he also has a dog..cute small dog...but fierce! ngeh2..so..memang x lepas dari permasalahan samak....

    Bila dah google ni..macam2 info dapat...tp kat ipoh ni x jumpa la plak perkhidmatan menyamak rumah..nak x nak kena wat sendiri..tp masa tu kan aku dah ngandung masuk 6 bulan..mana larat kot nak samak rumah dua tingkat , turun naik tangga..mau terberanak atas tangga la jawabnya...

    Ok..cut the story:
    Ex-jiran dulu kerja kat jabatan agama islam..so dia tau la camne cara yg mudah, selamat , dan betul...Alhamdulillah..Allah dah permudahkan segalanya...

    1) Ambil tanah merah..(kitorang ambil tanah yang biasa developer buat tambak tanah tu..)
    2) Bancuh dalam bekas besar..(aku guna tong besar yang bersih)
    3) Biarkan semua tanah mendap dulu... kita guna air yang terapung kat atas je..sebab syarat dia air tanah kan...
    4) Ambil mop...celup dalam air tanah tu...
    5) Mop lantai...kitorang guna air tanah pada bilasan pertama...sebab tuan rumah memang dah cuci bersih2 rumah ni pakai sabun semua...so..memang dah x de kotoran yang boleh dilihat dengan secara lahiriahnye..ecewah.....ayat.....
    6) Then..ni part yang  penting: berdiri dekat sudut rumah..lepas tu semburkan air dari paip ke atas lantai yang dah dibilas dengan tanah tadi sebanyak 6x..ke serata bilik...kira la...1...2...3.......6...
    7) then, ratakan la air mengenai semua tempat...n tempat yang ko rasa penah kena jilatan anjing..ingat...jangan was was...Pastu tolak air tu masuk dalam bilik air ke..luar ke..pendek kata, buang la air yang banyak2 dalam bilik tu...biarkan je dia kering sendiri..Kalau rajin..mop la..
    8) Siap!!..mudah kan..


    Jangan was-was tau,..Islam ini mudah je...x pernah memberatkan penganutnya...actually, ada jugak ulama yg cakap samak ni hanya perlu bila kita memang nampak dengan mata kepala  sendiri trang tang tang dah kena najis mughallazah...kalau x nampak..buat la sekadar yang perlu...untuk mengelakkan was-was...


    Alhamdulillah...kitorang punye part samak dah siap...lega n yakin nak beribadah kat dalam umah tu...