Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Tuesday, December 31, 2013

Ice pack yang best: Autumnz, Medela and Techni Ice

Assalamualaikum wbt...

Aku dah guna 3 jenis ice pack selama 5 bulan perjalanan penyusuan aku ni.
Firstly, aku pakai Ice pack Autumnz 3 pack free gift yg aku dpt masa beli breast pump Spectra dulu.
Autumnz Reusable Ice Pack

Dua tiga kali guna, ada bocor sikit di plastik pada salah satu ice pack aku.. So, jadi McGyver, aku masukkan ice pack ni dalam plastik..So gel tu x keluar.. Hehe. Still functioning with 100 efficiency. Ngeh3..
 Ice pack ni memang best. Eventhough lepas 11jam , bila dah sampai umah, still ada 30% ais x mencair. Suhu dalam cooler bag memang sejuk. Aku x risau susu akan jadi basi. Tak basuh pun spare part pump and terus letakkan dlm cooler bag dengan yakin. Memang x basi susu tu.

Tapi disebabkan nafsu yang tak terkawal, aku beli Ice pack lain iaitu Techni ice sebab saiznye lebih kecil and ada review cakap sangat bagus dan boleh tahan lebih 12 jam. Yang tu aku citer pasni.

Medela Ice pack
Second ice pack yang aku guna is Medela.Bentuk dia memang bergaya. Bila dia membeku, icepack dia memang rasa padat macam WOWWWW sgt..huhu. Tapi.......
Icepack ni x tahan lama..lepas 3-4jam dah cair..So memang aku x leh bawak p ofis sebab kat ofis xde fridge. Aku penah bawak icepack ni masa hari sabtu sebab kerja half day je.. Malam tu lupa nak letak susu tu kedalam bag plastik and simpan kat bahagian freezer. Esoknya aku tengok susu tu dah masam..Aiyyoyoyoy..So, aku wat kesimpulan yang icepack ni x bagus.. x tahan lama.Cecair dalam bekas biru ni macam air je..cayor,....sebab tu x tahan lama.. Yang Autumnz tu bentuk gel..tu yg tahan lama..


Third ice pack aku ialah Tehcni ice.
Aku beli ice pack ni lepas baca banyak review kata performance dia bagus. Beli dengan harga RM25 untuk 24 ketul.Bila guna, memang mengecewakan.Tak tahan 12 jam pun. and lepas dia mencair, luar icepack tu akan melekit n kena pada susu botol and other part of pump item. So, memang x boleh la kalau aku nak pakai balik pump yang x basuh tu sebab dah contaminated dengan gel techni ice tu.
Techni Ice


At last...sekarang ni aku cuma guna Autumnz balik yang free gift tu...Boleh simpan susu dengan yakin. Balik kerja pun x payah kalut simpan susu dalam fridge sebab memang selalu sangat ais tu x mencair 100%.
Secara x sedar, aku ni dah jadi peminat Autumnz plak..

Cooler bag Autumnz.
Botol susu Autumnz
Bra Autumnz



P/s : len kali nak cerita pasal cooler bag Autumnz and Medela plaksss..

Till then..Daa,

Meter keretaku 111111

Hehe...
Dah xde idea sangatke??
Meter kereta masuk bacaan 111111 pun nak heboh?
Ko pehal M??
K bai...

Friday, December 27, 2013

Kalau kau adalah LORI......

Hellooooo....
Kalau kau adalah lori..tolong la jangan dok di lane  kanan hokey!!!!
Silala dok di lane kiri jek..
nak-nak lagi kalu ko tu cuma bawak 40-60km/hr....
Agak2 la kan...ingat la sikit ngan pengguna jalan raya lain..
Terutamanye aku yg selalu bangun lewat nak p keja, ...selalu lambat bila nak kuar jumpa org ni.....
Haruslah aku pecut ...
Tapiiiiii..kalau dah korang dok di lane kanan..pastu lane kiri penuh ngan motosikal..acaner aku nak pecut kan???
Kalau time hari biasa ko kuar berjimba ngan keluarga naik kereta, mesti korang bengang tahap gaban jugak kan bila lori terkedek-kedek dok di lane kanan...

Pesanan ringkas ini dibawa khas kepada pemandu lori...pemandu bas...tanker..low loader ...dan yg sewaktu dengannya...

Terima kasih..
PON..PONNNNNNN!!!!

Tuesday, December 24, 2013

Bagaimana buat label dalam blog anda?

Assalamualaikum..
Hari ni aku belajar benda baru. Bagaimana buat label dalam blog anda??
ngeh2...senang je..cuma sebelum ni gue x tau..gugle punye gule, dapat la kaedah nye dekat blog NI . Memang helpful, tapi kena ubah2 sikit sebab blog aku ni layout dia lain sikit dari web tu.

X payah citer panjang n berletiaqq.

Step 1
P kat Layout
Step 2
Klik dekat 'Add Gadget' . Then cari 'Label'
Step 3
Klik Save
Ok. Settle untuk one step.
So, macam mana nak kategorikan post anda dalam satu2 label??
Jeng..jeng..

Step 1
Ko bukak new post macam biasa@pun ko buka mana2 post yang nak taruk label tu, pastu ko taip la apa nama label yang ko nak letak tu. Done!!  Simple kan??

Hokeh, kalau ko dah ada banyak post, x larat nak buka satu2, meh nak ajar sat macam mana nak buat banyak2 label sekaligus.

Step berikutnye..
Ko tick dekat kotak post ko tu banyak2 ikut grup label yang ko nak wat..contohnye grup 'breastfeeding ' @ grup ' cerita keluarga' , pastu ko tekan kat ikon label tu.
Then, ko choose la new label . Takpun choose je grup yang dah wujud macam kat anak panah yang aku tunjuk ni.
Kalu korang x paham lagi x tau le aku...hehehe...dah detail giloss ni..siap penuh pic dlm entry ni..
Korang mesti paham punye la...klu aku yng buta IT pun leh paham..korang yg celik2 semua mesti lg pandai..
kan..x gitu??
hehhe


p/s: korang perasan x aku dah pandai capture screen?? dalam enty INI aku x pandai lagi..NAnti kalu rajin aku wat entry macam mana nak capture screen plaksssss..

 Daaa....


Ape itu Nursing Strike?

Assalamualaikum..

Aku pernah cite kat SINI yg lil LD kena nursing strike selama beberapa hari. dalam bahasa melayunye org panggil mogok penyusuan badan. Senang cite, x nak menyusulah.

To be exact, betol2 dua hari dia langsung x nak menyusu. Hari ketiga baru dia start menyusu sikit..pakai botol dia nak..tapi direct feed dia xnak.

So..Punyalah aku risau takut berpanjangan sebab boleh terjadi lebih dari 3 hari dan berpanjangan .Ada kes kwn aku ni, baby dia masuk 6 bln tiba2 xnak menyusu EBM.mula2 baby dia x nak thawed breast milk, tapi pastu xnak yg chilled..and at last direct langsung x nk..terpaksa dia beli formula milk.Punya la sakit hati dia sebab susu badan still avalaible.. tapi baby yg x nak menyusu.So dia giv up.

Bagi aku..LD baru 4 bln..so x nak give up lagi.I know breast milk is the bes milk ever!
So, aku gugle intenet pasal nursing strike ni...
So, banyak sebab nape baby boleh kena nursing strike:
1)Terdapat beberapa sebab bayi anda menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah:

  • Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
  • Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
  • Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.
  • Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
  • Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
  • Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
  • Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
  • Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.
  • Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.
  • Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.

Antara sebab lain termasuk kesensitifan terhadap makanan atau kesensitifan terhadap susu badan atau alahan, atau kesensitifan terhadap krim atau produk wangi yang disapukan pada buah dada atau sekitarnya, atau mungkin telah berlaku perubahan dalam rasa susu anda. Perubahan ini boleh disebabkan oleh ubat, atau makanan tertentu, atau kedatangan haid atau mungkin anda telah hamil sekali lagi.

So, untuk atasinya, boleh wat kaedah ni:


  • Cuba berikan buah dada anda semasa bayi anda sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan badan apabila mereka berjaga akan mahu menyusu semasa mereka mengantuk.
  • Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
  • Cuba beberapa posisi penyusuan.
  • Susukan bayi anda sambil bergerak. Sesetengah bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau apabila dibawa berjalan berbanding disusukan semasa anda sedang duduk atau berdiri.
  • Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Selalunya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk mogok susu disebabkan dia amat terangsang untuk meneroka dunia yang baru dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "bersnek" di buah dada anda dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
  • Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap (cuba menyusu tanpa memakai baju atau semasa memandikan bayi). Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya



  • Haaaa...itulah ceghitanye bile gugle...semua maklumat ada...boleh tengok SINI kalau nak tengok cite susuku merudum and action plan yang aku wat. 

    Sekian...Thanks to http://www.babycenter.com.my/a1037242/menolak-penyusuan-badan

    Tuesday, December 17, 2013

    Bagaimana nak buat link pada post dalam blog??

    Hehe...nama pun baru berjinak-jinak dalam dunia blog secara aktifkan...(aktif ke? cuma 40 post within 2 years?). So hari ni aku dah belajar benda baru iaitu macam mana nak buat link dalam post  pada post anda yang satu lagi? eH....berbelit je ayat..hentam je lah..

    Meh   aku share sikit kat korang yang jugak x tahu macam aku ni,....hikhikhik..step ni aku dapat lepas menggugle pak cik gugle  kat SINI . (<---haaa...link macam ni la yg aku cakap..)

    Step 1: Ko bukak entry post macam biasa...Lepas tu ko taip keyword ape2 tempat org nak klik tu. Dlm kes ni aku taip SINI
    Step 2: Then ko klik Link


    Step 3: Ko copy la URL page yang ko nak bagi org bukak tu..ambik kat top toolbar


    Step 4: Ko paste la kat kotak link tadi. Tick dekat 'Open this link in new window'.
    Then click OK kat button bawah tu. Tadaaaaaa....Done..

    Gigih tol aku amik pic pakai phone pastu bluetooth..ekekeke...nape xleh print screen ek??? dia kata Error occurred while trying to save or publish post. Nak kena gugle lagi nih...

    Bersalin di Hospital Kerajaan Vs Hospital swasta

    Assalamualaikum wbt.
    Aku rasa semua ibu yang bakal bersalin mesti akan pernah terfikir sama ada nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta kan?
    Masa aku mula2 tahu yang aku mengandung dulu, awal2 lagi aku dah set dalam kepala yang aku nak bersalin di hospital swasta. Kenapa aku nak swasta , and bukan kerajaan??? dah banyak duit sangat ke???  nak menunjuk-nunjuk ke???

    Definitely a big NO!!

    Reason is:
    1) Aku nak doctor perempuan
    2) Aku nak doctor perempuan
    3) Aku nak doctor perempuan
    4) Aku nak doctor perempuan
    5) Aku nak doctor perempuan
    6) Aku tak mau jadi macam tikus putih jadi bahan eksperimen budak2 praktikal (kena keliling katil)

    Kenapa dah sampai 5x plak reason sama? 1st thing is sebab aurat. Auratku cuma untuk suami tersayang.
    Aku x nak take chance gambling whether I can get doc laki ke pompuan during delivery time.Kalu korang ni orang Ipoh, korang tahu la sendiri Hospital Besar Ipoh tu macam mana. Sangattttttttttttt la crowded.

    Aku pernah masuk wad GH ni sekali masa early pregnancy sebab ada small bleeding sebab uri di kedudukan bawah. Layanannya not so bad, except for 1 doctor pompuan yang kerek gilossss..
    Nasib aku baik sebab x kena seluk doc laki masa dlm wad. Cuma masa scan perut je  kena ngan doc laki. Masa tu punyalah ramai org...2 doc laki (muda- baru graduated kot)..sorang doc pompuan( senior)  and beberapa org nurse lagi.Serius menggeletar badan aku takut kena seluk ngan doc laki ni..menciiiiiiiii..!!
    nasib  terselamat.! itupun aku dah malu giloss...

    Kali kedua masa umur kandungan aku 32minggu, bahagian bawah abdomen sebelah kiri tersangat sakit, so aku p GH lagi( sebab En Suami dah bising sangat cakap aku suka take for granted) . Nasib aku betul2 baik( berkat doa pada Allah ) sebab yang seluk tu doc pompuan (Doc junior). Elok je lepas dia seluk aku, datang doc laki senior.
     ''I dah check patient ni( aku la tu), Doc nak check lagi sekali ke?'' , kata doc pompuan junior kepada doc laki ni.
    Aku dah rasa nak tercabut jantung .. Berdoa dalam hati supaya doc laki ni x nak check dah.Alhamdulillah.....
    ''No need. I'll scan her tummy only''..
    huishhhhhhhhhhhhh..lega.. pesakit yang lepas aku semuanye kena check dekat doc laki ni..Disebalik tabir aku bleh dengar doc laki ni suruh sorang patience chinese muda buka kaki dgn  betol.Tp amoi tu malu2 tak ikut arahan.Agak2 la korang..nak kena kangkang kat rmai2 org.sape x malu??kalau Cina pun reti malu, ni kan aku yang perempuan melayu terakhir n beragama Islam ni!

    2 insiden tu dah cukup buat aku betol2 fobia nak p GH lagi. AKU X NAK DOC LAKI CHECK TUTTTTTTTT AKU!!!!
    .so..dgn gigihnye aku kumpul duit n finally berjaya bersalin d hospital swasta which I choose Doc pompuan..mestilahkan..x kan pilih doc laki kot ??

    Kronologi

    1) Sampai di perkarangan hospital - disambut oleh 2 orang nurse . Sorang laki n sorang pompuan. Yang laki tlg p park kereta, n yang pompuan sorongkan aku naik wheelchair ke labour room.Pengalaman bersalin aku kilk SINI

    2) Labour room - disambut seorang nurse. Ayat pertama dia ape?? welcome to labor room??NOOO....ayat emas dia ialah, '' Patient lagi???''. dengan muka masam ketat  n tak puas hati. KUajaqqqq......aku dtg hospital ni bayar hokey.....Nasib baik aku tengah sakit contraction. En suami aku pun macam terkesima dengan sambutan hebat Hospital SWASTA ni...

    3) Tukar baju semua...masuk ubat...OK...normal..biasa je..

    4) Bila contraction dah makin kuat, nurse and doc memang menghilang jek...tinggal aku berdua je dengan suami..mungkin perkara biasa kot sebab ada rmai lagi nak bersalin haritu.Tapi aku bengang gak la...Kalau x de suami, aku dok sorang2 je la dalam labor room tu.

    5) Masa nurse check bukaan, memang gentle. Tak sakit. Walaupun tadi muka ketat, tapi dia professional la..OK. dimaafkan.

    6)Masa nak bersalin-Doc M n nurse senior dibantu nurse junior.ok...layanan n support perfect.Thumbs up.Takde org laki langsung masuk labor room.Doc  M siap suruh suami aku bukakan tudung aku lagi sebab nampak aku berpeluh2 n x selesa.

    7)Lepas bersalin nurse senior yang salinkan srmua...baju...pad ...etc..aku n en suami  tak payah wat pape...aku rehat je biar dia wat semua.

    8) Jahitan kat Tuttttt x  sakit.Jahitan kemas.Dia jahit 3 knot.Kira selamat sikit..klau terbuka, dia x kan terbuka semua berbanding yang 1 knot je.Keburukannya, ko akan rasa benang menyucuk-nyucuk kat kulit tiap kali duduk sebab  knot-knot tu....dalam kes aku..1 knot terbuka sebab lasak sgt.

    8)Masa dipindahkan ke wad- 1st time nak buang air kecil. aku macam fobia n takut jahitan terbuka.so tekan loceng minta nurse assist walaupun suami ada.Sebab dia pun risau tak x tau nak tolong camne.Nurse datang dgn muka x friendly langsung.Tolong tu pun mcm paksa rela...Hampehhhhhhhhh! ini ke layanan  hospital swasta? ke ini standard layanan kat mana2 spital?.Ke aku yang high expectation?

    9) Baby cuma dihantar ke katil bila diminta. May be sebab nak bagi mamanye rehat.. tapi macam biasa.Bila request for baby sebab nak try bagi susu for 1st attempt, macam biasa no smile!!! apehal?????spital ni memang budaya muka masam ke?okeh...aku ni adalah dikategorikan manusia yang kerek di ofis aku..so..aku tau bila org wat muka kerek tu macam mana gayanye. aku leh nilai..so..kesimpulan aku pada nurse2 d sini adalah dorang ni memang keresk gilosssss doohhhh..Dah la masa ajar aku macam mana nak susukan bayi pun ajar nak x nak je...adoiyaiiiiiiiiii...ape kena ni?? Ke ni kifarah dosa aku??sebelum ni aku je wat muka kerek kat contractor2 yang berurusan keja ngan aku,,skang ni dibayar cash plak.What goes around comes around. Actually, layanan nurse Hospital  GH is much more better.

    10) Kesalahan paling besar Hospital ni dah buat: 

           a)Salah tulis blood group aku. Kalau ada transfusion darah, memang aku dah kiok dah tika ni. Nasib xde.Doc Kampar bagitahu yang kesalahan ni adalah kesalahan besar. Boleh bawa maut.

           b) Bacaan tiroid lil LD abnormal. Tapi dorang x repeat test and also x inform aku or En suami pasal keabnormalan tu. Aku cuma tahu tentang ni bila lil LD kena prolong jaundice. Bila hospital Kampar bagitahu, baru kitorang aware. Hospital kampar buat follow up dengan Hospital P so call Swasta tu..Memang menyirap betol darah bila Doc di kampar bagitahu kalau bacaan tiroid x normal, tumbesaran baby akan terbantut. Gila doooh...so serious but yet they inform nothing???Siap pakar pediatrik di Hospital P jumpa aku sebelum discharge bagitahu aku baby semua normal. Normal hangguk dia! Dia x tengok ke report? Mengikut Doc kampar, sepatutnye dorang kena repeat test. May b sampling pada tali pusat x betol.  Dah la masa dia cakap semua Ok, I did asked whether my lil baby already poo poo or not. and then he answered he dont know??? what the???? Lepas tu baru dia p tanya nurse and nurse mention memang LD dah poo pooo....so which part in the earth yg lil LD is Ok aku x tau..Tapi..alhamdulillah...lepas hospital GH wat repeat test utk bacaan tiroid , semuanya OK.Bacaan normal. Diorang mention, may be masa Hospital P wat sampling, ada kesilapan, And that is normal and always happened. Tapi, kalau ada abnormalities, they MUST repeat the test. En suami bengang gila terus call Hospital P service desk. Diorang suruh lodge email report. Dooohhhhhh...Kitorang x lodge sebab rumah mertua aku x de intenet. By the time aku balik Ipoh, tahap kemarahan dah lebur. Lagipun malas nak marah2...nanti penuh dengan ion negatif jek.


    So..ape yang bestnye bersalin kat swasta ni? best sangat ke?
    Dari segi masa beranak tu, aku memang puas hati dengan Doc M. Other part? Doubtful.
    Aku cuma cerita berdasarkan pengalaman aku je...lain orang lain pengalamannya..Macam mana bersalin di hospital kerajaan?? yang tu x dapat nak cerita sebab x pernah lagi,....

    So, kalau ada rezeki baby kedua, nak p mana? Hospital P ke GH?

    May be nak try Al -Ridzuan plak kot...Insya Allah...kalau dimurahkan rezeki.


    SO..what is your story??

    Friday, December 6, 2013

    EMERGENCY !!! MAYDAY !!! Susuku merudum

    Neee...noooo...neeee...nooo.....bunyi ambulan..
    Tulun..tulun....hari ni pam susu cuma dapat 4 oz je untuk kedua2 miss B?????
    Terkezut betol pagi tadi bila tgk hasil yang x seberapa.Aku dah start panik.Sebelum ni wat bodoh je bila sign susu merudum tu dah ada.

    Sebelum ni aku x ambik port sebab mengenangkan bahagian freezer aku tu dah penuh. Tak muat nak simpan susu. SO aku x kisah sangat bila susu berkurang dari 10 oz ke 7 oz.
    Tapi, pagi ni dah alarming, cuma dapat 4 oz je untuk satu session. Session kedua pun dpt 4 oz je.
    Ape dah jadi???

    Mula2 dulu masa mula2 naik keja, aku bleh dapat minimum 9 oz..maksimum 11 oz senang2 je..especially session pagi..and dapat 8-9oz untuk session tengah hari n petang. Jarang sangat dapat 7oz je.

    Lepas aku tukar ke breast pump Medela, aku perasan susu dah kurang. Dpt 7-8oz je..Most of the time 7oz la..So, aku salahkan Medela. Tapi, skang ni aku perasan yang susu dah cair. Even babysitter pun ada tegur susu aku cair.  Lil' LD kurang menyusu. Kalau dulu dia nyusu 5 botol for 3.5 oz each, skang ni nak minum 4 botol pun very hard.  Almost time pukul 5 lebih aku ambil dia baru dia minum yang ke-4 tu.Selalu mesti berbaki 1 botol yang aku wat balik.

    Masa tu aku wat enteng je sebab masa tu ingatkan dia nak berubah bulan. and masa tu jugak dia tengah belajar nak meniarap.

    Tapi.........kemuncaknya bila dia kena Nursing strike!!!! (Ape benda nih?? next entry yer klik SINI).
    2 hari lil' LD x nak menyusu. Kena plak 2 hari tu sabtu n ahad yang aku memang x kerja. Hari 1st day tu aku dah risau. tp no action taken. dia cuma betol2  nyusu 3x je kalu x slh aku dlm masa 24 jam. The rest dia main2 hisap sambil nangis beria2 , meliang lintukkan badan macam kena palu. Bagi soother dia hisap beria plak. Aku bagi susu pakai botol pun x nak..lepas paksa gila2 baru dia hisap sikit.

    Malam tu jugak aku menggugle pakcik tenet...dapat tau pasal nursing strike..
    So, ape aku buat...aku susukan dia time dia mamai...Memang dia minum...tapi bila dia jaga.. Ya Allah....meragam!!. Nasib baik anak baru satu..kalu x , jenuh nak melayan.


    Apa reason susu merudum??
    1)May be sebab time tu jugak la stock ESP shaklee aku habis,.Lebih 2 minggu jugak stock terputus.
    2) Alfalfa pun aku makan cilok2 je..
    3) Time ni jugak la susu Anmum aku habes..x restock..haha..
    4) Period la plak..
    5) Aku selalu skip sesi pumping.. bz pulak sejak 2 3 menjak ni..(sebab tu blog ni x dihupdate..Betoi ka ni???) . Tambahan lagi freezer dah full. Bila x de tempat nak simpan susu, mula la aku mls nak ngepam. NAk beli deep freezer rasa mcm kedekut plak. Kang bertambah bil api umah aku tu. Stock susu aku ni bukan la banyak gila smpai leh tahan 3 bulan.  Stock ada 1 bulan jer..rasa macam rugi plak kalau beli tapi x optimize kan usage.
    6) Aku ada makan satu jenis pil ni. Manjakani based.  May be effect rasa susu.

    So..ape next action plan aku??
    1) ESP dah sampai semalam. SO aku akan start minum balik
    2) Alfalfa akan dimakan dengan teratur
    3) Anmum dah di re-stock. Cuma x sempat nak bancuh.ekekekeke
    4) X leh nak wat ape...wat anak je lah...ehhh???heheh (lil' LD nak adik x??)
    5) Kena rajin pam...
    6) Stop immediately.


    Hmm...chaiyyok..Ya Allah..kurniakanlah rezeki susu untuk lil' LD and  berterusan sampai dia umur 2 tahun.. Amin..