Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Tuesday, December 17, 2013

Bersalin di Hospital Kerajaan Vs Hospital swasta

Assalamualaikum wbt.
Aku rasa semua ibu yang bakal bersalin mesti akan pernah terfikir sama ada nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta kan?
Masa aku mula2 tahu yang aku mengandung dulu, awal2 lagi aku dah set dalam kepala yang aku nak bersalin di hospital swasta. Kenapa aku nak swasta , and bukan kerajaan??? dah banyak duit sangat ke???  nak menunjuk-nunjuk ke???

Definitely a big NO!!

Reason is:
1) Aku nak doctor perempuan
2) Aku nak doctor perempuan
3) Aku nak doctor perempuan
4) Aku nak doctor perempuan
5) Aku nak doctor perempuan
6) Aku tak mau jadi macam tikus putih jadi bahan eksperimen budak2 praktikal (kena keliling katil)

Kenapa dah sampai 5x plak reason sama? 1st thing is sebab aurat. Auratku cuma untuk suami tersayang.
Aku x nak take chance gambling whether I can get doc laki ke pompuan during delivery time.Kalu korang ni orang Ipoh, korang tahu la sendiri Hospital Besar Ipoh tu macam mana. Sangattttttttttttt la crowded.

Aku pernah masuk wad GH ni sekali masa early pregnancy sebab ada small bleeding sebab uri di kedudukan bawah. Layanannya not so bad, except for 1 doctor pompuan yang kerek gilossss..
Nasib aku baik sebab x kena seluk doc laki masa dlm wad. Cuma masa scan perut je  kena ngan doc laki. Masa tu punyalah ramai org...2 doc laki (muda- baru graduated kot)..sorang doc pompuan( senior)  and beberapa org nurse lagi.Serius menggeletar badan aku takut kena seluk ngan doc laki ni..menciiiiiiiii..!!
nasib  terselamat.! itupun aku dah malu giloss...

Kali kedua masa umur kandungan aku 32minggu, bahagian bawah abdomen sebelah kiri tersangat sakit, so aku p GH lagi( sebab En Suami dah bising sangat cakap aku suka take for granted) . Nasib aku betul2 baik( berkat doa pada Allah ) sebab yang seluk tu doc pompuan (Doc junior). Elok je lepas dia seluk aku, datang doc laki senior.
 ''I dah check patient ni( aku la tu), Doc nak check lagi sekali ke?'' , kata doc pompuan junior kepada doc laki ni.
Aku dah rasa nak tercabut jantung .. Berdoa dalam hati supaya doc laki ni x nak check dah.Alhamdulillah.....
''No need. I'll scan her tummy only''..
huishhhhhhhhhhhhh..lega.. pesakit yang lepas aku semuanye kena check dekat doc laki ni..Disebalik tabir aku bleh dengar doc laki ni suruh sorang patience chinese muda buka kaki dgn  betol.Tp amoi tu malu2 tak ikut arahan.Agak2 la korang..nak kena kangkang kat rmai2 org.sape x malu??kalau Cina pun reti malu, ni kan aku yang perempuan melayu terakhir n beragama Islam ni!

2 insiden tu dah cukup buat aku betol2 fobia nak p GH lagi. AKU X NAK DOC LAKI CHECK TUTTTTTTTT AKU!!!!
.so..dgn gigihnye aku kumpul duit n finally berjaya bersalin d hospital swasta which I choose Doc pompuan..mestilahkan..x kan pilih doc laki kot ??

Kronologi

1) Sampai di perkarangan hospital - disambut oleh 2 orang nurse . Sorang laki n sorang pompuan. Yang laki tlg p park kereta, n yang pompuan sorongkan aku naik wheelchair ke labour room.Pengalaman bersalin aku kilk SINI

2) Labour room - disambut seorang nurse. Ayat pertama dia ape?? welcome to labor room??NOOO....ayat emas dia ialah, '' Patient lagi???''. dengan muka masam ketat  n tak puas hati. KUajaqqqq......aku dtg hospital ni bayar hokey.....Nasib baik aku tengah sakit contraction. En suami aku pun macam terkesima dengan sambutan hebat Hospital SWASTA ni...

3) Tukar baju semua...masuk ubat...OK...normal..biasa je..

4) Bila contraction dah makin kuat, nurse and doc memang menghilang jek...tinggal aku berdua je dengan suami..mungkin perkara biasa kot sebab ada rmai lagi nak bersalin haritu.Tapi aku bengang gak la...Kalau x de suami, aku dok sorang2 je la dalam labor room tu.

5) Masa nurse check bukaan, memang gentle. Tak sakit. Walaupun tadi muka ketat, tapi dia professional la..OK. dimaafkan.

6)Masa nak bersalin-Doc M n nurse senior dibantu nurse junior.ok...layanan n support perfect.Thumbs up.Takde org laki langsung masuk labor room.Doc  M siap suruh suami aku bukakan tudung aku lagi sebab nampak aku berpeluh2 n x selesa.

7)Lepas bersalin nurse senior yang salinkan srmua...baju...pad ...etc..aku n en suami  tak payah wat pape...aku rehat je biar dia wat semua.

8) Jahitan kat Tuttttt x  sakit.Jahitan kemas.Dia jahit 3 knot.Kira selamat sikit..klau terbuka, dia x kan terbuka semua berbanding yang 1 knot je.Keburukannya, ko akan rasa benang menyucuk-nyucuk kat kulit tiap kali duduk sebab  knot-knot tu....dalam kes aku..1 knot terbuka sebab lasak sgt.

8)Masa dipindahkan ke wad- 1st time nak buang air kecil. aku macam fobia n takut jahitan terbuka.so tekan loceng minta nurse assist walaupun suami ada.Sebab dia pun risau tak x tau nak tolong camne.Nurse datang dgn muka x friendly langsung.Tolong tu pun mcm paksa rela...Hampehhhhhhhhh! ini ke layanan  hospital swasta? ke ini standard layanan kat mana2 spital?.Ke aku yang high expectation?

9) Baby cuma dihantar ke katil bila diminta. May be sebab nak bagi mamanye rehat.. tapi macam biasa.Bila request for baby sebab nak try bagi susu for 1st attempt, macam biasa no smile!!! apehal?????spital ni memang budaya muka masam ke?okeh...aku ni adalah dikategorikan manusia yang kerek di ofis aku..so..aku tau bila org wat muka kerek tu macam mana gayanye. aku leh nilai..so..kesimpulan aku pada nurse2 d sini adalah dorang ni memang keresk gilosssss doohhhh..Dah la masa ajar aku macam mana nak susukan bayi pun ajar nak x nak je...adoiyaiiiiiiiiii...ape kena ni?? Ke ni kifarah dosa aku??sebelum ni aku je wat muka kerek kat contractor2 yang berurusan keja ngan aku,,skang ni dibayar cash plak.What goes around comes around. Actually, layanan nurse Hospital  GH is much more better.

10) Kesalahan paling besar Hospital ni dah buat: 

       a)Salah tulis blood group aku. Kalau ada transfusion darah, memang aku dah kiok dah tika ni. Nasib xde.Doc Kampar bagitahu yang kesalahan ni adalah kesalahan besar. Boleh bawa maut.

       b) Bacaan tiroid lil LD abnormal. Tapi dorang x repeat test and also x inform aku or En suami pasal keabnormalan tu. Aku cuma tahu tentang ni bila lil LD kena prolong jaundice. Bila hospital Kampar bagitahu, baru kitorang aware. Hospital kampar buat follow up dengan Hospital P so call Swasta tu..Memang menyirap betol darah bila Doc di kampar bagitahu kalau bacaan tiroid x normal, tumbesaran baby akan terbantut. Gila doooh...so serious but yet they inform nothing???Siap pakar pediatrik di Hospital P jumpa aku sebelum discharge bagitahu aku baby semua normal. Normal hangguk dia! Dia x tengok ke report? Mengikut Doc kampar, sepatutnye dorang kena repeat test. May b sampling pada tali pusat x betol.  Dah la masa dia cakap semua Ok, I did asked whether my lil baby already poo poo or not. and then he answered he dont know??? what the???? Lepas tu baru dia p tanya nurse and nurse mention memang LD dah poo pooo....so which part in the earth yg lil LD is Ok aku x tau..Tapi..alhamdulillah...lepas hospital GH wat repeat test utk bacaan tiroid , semuanya OK.Bacaan normal. Diorang mention, may be masa Hospital P wat sampling, ada kesilapan, And that is normal and always happened. Tapi, kalau ada abnormalities, they MUST repeat the test. En suami bengang gila terus call Hospital P service desk. Diorang suruh lodge email report. Dooohhhhhh...Kitorang x lodge sebab rumah mertua aku x de intenet. By the time aku balik Ipoh, tahap kemarahan dah lebur. Lagipun malas nak marah2...nanti penuh dengan ion negatif jek.


So..ape yang bestnye bersalin kat swasta ni? best sangat ke?
Dari segi masa beranak tu, aku memang puas hati dengan Doc M. Other part? Doubtful.
Aku cuma cerita berdasarkan pengalaman aku je...lain orang lain pengalamannya..Macam mana bersalin di hospital kerajaan?? yang tu x dapat nak cerita sebab x pernah lagi,....

So, kalau ada rezeki baby kedua, nak p mana? Hospital P ke GH?

May be nak try Al -Ridzuan plak kot...Insya Allah...kalau dimurahkan rezeki.


SO..what is your story??

21 comments:

Daish Hamzar said...

SALAM, hospital P tu hospital pantai ke...sy pn nk bsalin bulan 6 ni..tgh pk nk g spital mne..

mawar yus said...

Wsalam..yg x leh nak jawab kat sini sebab umum sangat..nanti hospital tu saman sy x ke naya..bagi alamat email awak..nanti sy reply yer...

Anonymous said...

Dr m dr hosp p..aku dpt agak sapa..hehe..
Teruk jgk layanan ye..xjadi aku bersalin sanalah...sblm ni bersalin gh.. Gh labor room ok jah..bidan best..tp nurse shift pagi kat ward bersalin kerek..

mawar yus said...

Huhu..doc M memang well known.
Aku xpenah bersalin di Kpj ipoh..tapi masa lil Ld masuk wad sbb dmam..nurse dorang bg service yg tip top.. may b korang leh consider Kpj..cuma dengarnye caj dia lebih sikit .

Anonymous said...

Actually, tak kisah lah bersalin ke, operation ke, btw hospital swasta layan biasa je. tapi tengok hospital lah, nasib dapat layanan macam mana. sometime kita terlalu high expectation sangat. Btw, dari dulu sampai skang, saya pergi hospital kerajaan, layanan mereka sangat baik. bukan memuji. tapi, so far OK. bayaran pun tak mahal.cuma tu lah, setiap hospital ada baik buruknya. kena tunggu lama. tapi bagi saya tak da lah lama sangat. yang penting kita ni kena sabar. tu je. inshaa allah. tak rugi bersabar dalam menunggu. hehe

mawar yus said...

Tahniah sebab u berpengalaman yg best2 semua.. tp bak kata u, semuanya atas nasib.. Allah nak uji tahap mana kesabaran kita. So, kesmpulannya,..tepuk dada..tanya poket..kalu poket tebal, why not try swasta sebab leh choose doctor kan.. tapi..kalau u bukan jenis cerewet, kerajaan pun okey..sebab bukan semua staff kerajaan is perangai buruk2..ye x? n ..staf privet pun manusia gak..leh berperangai buruk jugak,..sekian...

saphir madchen said...

Reason sy nak pilih pvate pun sama mcm puan..nak pilih doc ppuan..tp pg td, mak ckp gerak hati dia nak sy bsalin di hosp kjaan atas sbb lebih secure..sy sdiri staf di hosp kjaan, mmg lebih yakin dan rasa lebih murah if bsalin di GH tp mmg kena gamble sbb blm tentu dpt doktor ppuan..dup dap edd lagi 5 hari, moga dimudahkan..d

mawar yus said...

Insya Allah..doa yg terbaik utk diri n baby....gud luck...lahirkan baby yg sihat n comey ..

bengkungmoden said...

salam perkenalan.thanks utk perkongsian pengalaman puan dgn pembaca

scheetah_jom join giveaway said...

salam....

seram baca story u dear..huhuhuh..
psl doc lelaki tu, fuhhhh serikkkk..kene ms anak 1st....cetek ilmu...

bila dah "berilmu" skit, anak ke2, pegi swasta..hospital annur kat bangi...alhamdulillah, bagus je servis dorang....

btw, nk jemput join my 1st giveaway...hadiah best , RM750 utk 9 pemenang...jomm..jommm... join..hihihihi

terima kasih... !

Naddie Anuar said...

Baca post nie rasa nak comment jugak. I bersalin kt spital swasta yg i rasa charge paling mahal la kt kl nie (sbb company bayar). Facilities mmg tiptop tp ade jugak nurse yg kerek and garang. dah la kite baru deliver anak first and mostly tak tau ape2. kesimpulannye, bayar mahal2 belum tentu dapat service best, especially in terms of layanan. Bilik, peralatan spital tu mebbe la paling latest (sesuai la harganye) tp org punye perangai payah nak control kot. redha aje..huhuhu~

mawar yus said...

Hi Naddie..
Well said.. perangai org mmg kita susah nak kontrol. sometimes kena husnuzon.. may be tu kifarah untuk kita.. macam org kata...what goes around comes around. Now sy tengah tik tok 2nd baby.. husband dah lupa dah pasal problem2 masa 1st delivery, n dia still suggest p bersalin d hospital Pantai..Of coz sy cuba elak...tp, who knows...klau Allah change my mind kan...

Hamizah Sahabudin said...

Hospital mana tu sis? Saya bersalin 2x di hospital Pantai dgn Dr Anjalai, sgt best. Nurse pun baik2.

Hamizah Sahabudin said...

Lagi satu pasal bagi susu baby tu, masa 1st time saya bersalin kat situ mmg derang akan hanya hantar baby bila kita minta.
2nd time bersalin kat situ, saya dh pandai sikit .... dari dlm labor room saya pesan pada midwive dan Dr Anjalai yg saya nak excusively breastfeed. Derang akan note so nnt lps dh bersihkan baby, derang akan room in baby dgn kita.
Nurse dtg juga jenguk kat ward, dia pesan if nak tambah susu botol blh inform.

mawar yus said...

Hi hamizah...doc n nurse dlm labor room memang best..cuma nurse d wad je yang mcm kerek sikit..tp haritu kwn husband yg kerja di hospital tu ada sembang2 dgn sy..dia ckp mmg keja nurse ni bnyk cabarannye..diorang punye salary pun sikit je..bila dgr dia bercerita tu...mmg rs insaf jugak le..kdg2 kita ni too high demand..mentang2 kita byr kn..tp kita lupa..yg bekrja tu pun manusia jgk..so..ms sy bersalin anak kedua..sy dh x demand sgt..wlaupun ada service yg slack...nanti sy share pengalaman bersalin anak kedua di hospital lain plak.

chinot said...

di mana2 hosp government perlu request utk doktor perempuan shj..nnt nurse akan bagitahu mana2 houseman atau mo nk masuk patient nak perempuan shj. kalo tak ckp mmg smua houseman nk tgk esp kes2 baby pramatang

suhaila Johar said...

sy sanggup ke hosp swasta dpt pilih doc n dpt rehat sbaiknya slps bersalin..dh ada pglmn perit skali msa bsalin kt hosp gomen..apapun doa terbaik..insyallah mtk DIA permudahkan walay kt mana kita kene bersalin.

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Asmahani Muhammad said...

Dah rasa kedua2. Ank sulong gov, ank no. 2 private. Sy pilih private. Sebab ada suami sepanjang masa. Tukar pad pon suami yg buat. Pglmn kat gov suami bolih tggi time melawat. Sy thn nk gi toilet sampai suami dtg, masa dlm toilet sy hampir pengsan. Bayangkan kalo sorang2. Nurse mmg sesekali je dtg. Apepon atas pilihan masing. Manja mcm sy ni mmg xleh suami xde di sisi. Kikiki

mawar yus said...

Tepuk dada tnya selera la kn asmahani ..utk yg terbaik kat kita gaksss

Angeliza said...

Salam. Baca entry ni sbb nk tau pengalaman bersalin di hospital ipoh. Sbb baru pindah ipoh la kan.... Sebelum ni dua org bersalin di hospital serdang. Not bad laaa sbb hubby blh masuk labor room. Cuma yang 1st tu bukaan full house berlaku sebelum diaorg bertukar shift pagi. Jadi, muka agak muncung sikit laaa.... Other than that semua okay.
Ni dah 36 week. Tgu kelahiran yg ke-3. Mmg nk pg GH je. Tp still tau nk pg mana, HPRB atau Bt Gajah. Ikut jarak, sama dekat je...