Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Monday, July 21, 2014

Mengandung lagi???

ALhamdulillah...
Hari khamis ni, genaplah usia kandungan aku masuk 3 bulan..
Amboi...bz benor,, dah 3 bulan baru nak up entry??

Actually, aku x ingat last menstruation aku bila.
Aku macam ingat2 lupa jek.
Selalunya aku catat di kalendar atas meja opis. Tapi nak dijadikan citer, yang bulan 5 aku x catat. Lupa.
N selalunya aku ada catat di planner calander aku dlm fon..
N nak dijadikan citer yang lagi hazab, fon aku kena reset, so smua catatan berharga aku tu hilang..
So...main hentam je la aku inform dekat doctor masa aku p sahkan pregnancy aritu.
Tengok2 memang kiraan minggu pregnancy pun lebih kurang sama dengan tempoh ngandung...so..aku anggap tarih aku tu betoi je la...

OK...flashback skit.

Period aku memang dh lambat 2 minggu..ada terdetik dalam hati..tp aku x nak berharap..n aku x rasa aku pregg. sebab dh few months aku keciwa.

So..Masa aku p gua musang hari tu..on d way aku muntah 2x..Mulanya aku ingat sebab aku perut kosong, tapi bila dah smpai umah pun aku dok fening2, jalan rasa x pijak tanah.. I know something fishy is happening ...
So..encik suami pun dh agak2 n tanya dekat lil LD, '' LD nak adik x???''
Amboi eksaited plak dia..
Dipendekkan citer, aku suruh dia belikan pregnancy test kit. Esoknya sebelum p kije, aku test,, Terbeliak biji mata bila aku tengok double line.
Semudah itukah?? Dlu yng 1st pregnancy, berapa kali aku kena tempuhi kekecewaan..
Tp syukur Alhamdulillah,, Allah permudahkan segalanya untuk yang 2nd pregnancy ni.

Lepas tgk double line, terus kuar bilik air, kejutkan encik suami yg tgh tdo....dia terkujat..pastu cakap 'Alhamdulillah....'
Pastu, terus dia tdo balik...hampeh


Haritu, tengah2 borak ngan kawen, ter reveal yg aku pregg. N dia cakap, ''I x surprise pun u preg, see ur face is soo pale. Lagipun u dh stop breasfeeding the 1st one kan? Bila u stop bf, memang hormon estrogen u akan bertambah berkurang...bla..bla...rahim u ready utk preg lagi..bla...bla...n here u go...preggy again....bla...bla..'

And actually her words strike my mind. Memang btol semua hormon changes tu semua aku tahu. Tapi x terdetik dlm hati yang aku skang preg sbb aku stop bf. No wonder masa aku still bf aku x dpt preg wlaupun dh usaha banyak kali. Sebab ms tu walaupun period is normal mcm biasa, tp hormon still bg signal pd rahim that my womb still not ready. But once,, I completely stop bf, my womb ready. N begitu cepat dlm masa sebulan preg again...

But of coz, the ultimate reason is.. ini semua perancangan Allah yang Maha Hebat . Dia Maha Mengetahui segalanya.

Kami x pernah merancang utk jarakkan anak. sebab aku pun dh x muda. Tahun depan dh nak masuk 3 series. My hubby dh turn to 3 series last year. So..kami nak kumpul ank cepat2...Amboih....ayat..Muahahaha

Sebab tu kami 'agak' berharap 2nd baby cepat2 coming soon.Kalu dapat twin best jugak ek..
Doa aku pada Allah ialah, aku bergantung sepenuhnya pada perancangan-Nya. Jika Dia dh aturkan anak aku jarak jauh.. aku terima.. Tapi kalau Dia bg dlm masa terdekat, pun aku terima,,, Aku berserah bulat2 pada Allah.

Tp seperti yg aku cakap tulis kat atas, aku memang cuba naturally utk cepat2 preg 2nd baby. Kami dah bincang, kalu lil LD dh masuk setahun, n aku x preg lagi, kami akan p jumpa Doctor Anjalai di Hospital Pantai again to try conceive.
Tp alhamdulillah..aku dpt conceive naturally this time.
Thank u Allah for your extremely special gift.


Pregnancy kali ni agak mencabar, belum masuk 2 bulan, aku dh start morning sickness.
Bilangan aku tinggal puasa dah sama banyak dengan bilangan hari aku puasa. X larat wes,,,dengan muntah2 nak puasa.. p site,...So.. i dont push myself too hard. Takut baby x dpt tahan..n my body x dpt take...skang ni pun berat aku dh turun dr 54kg ke 51kg...

Kena tiup angin kuat sikit pun leh terbang...Okey,,,bedaah..



K...Alhamdulillah....
Hopefully , semua akan selamat..
Moga 2nd baby ni pun senang je beranak n xde mslh2 sepanjang preg ni..
Hopefully baby girl...Dapat lengkap sepasang.
Insya Allah...


Till then...daa




Wednesday, July 16, 2014

Scleroderma..Why Me??

"Ma..nape Tuhan bagi sakit bertimpa-timpa kat midah?Midah manusia biasa?"
"Nape Allah bagi sakit yang xde ubat?"


Hancur hati kami bila dengar cerita daripada emak kepada arwah Midah.
Kami menangis sampai keluar air mata...air hidung. Tak hiraukan mata2 yg melihat.
Pedulikan diorang. Kami tengah bersedih. Kami baru sahaja kehilangan sahabat baik kami.

Itulah ayat Midah semasa dia dapat tahu dia menghidap penyakit Scleroderma, 4 , 5 hari sebelum dia meninggal dunia.
Dia hanya diam membisu dalam kereta tanpa berkata sepatah kata pun selepas dapat tahu yg dia penghidap Scleroderma.

Scleroderma...nama yang begitu pelik untuk disebut. Penyakit yg sangat rare...yg sangat jarang dihidapi..dari 100,000 org..hanya 30 org akan kena.. Dan..nisbah permpuan kepada lelaki pula adalah 4:1.Daripada 100,000 org..kenapa sahabat baik kami yang satu ni yang kena? kenapa bukan org lain?
Soalan2 mcm ni x patut ditanya sebab inilah qada' n qadar Allah. Perancangan Dia adalah yang terbaik. Siapa aku sebagai hamba-Nya nak menidakkan takdir-Nya?

Nur Hamidah Mohd Zufli. Seindah namanye, begitu jugalah dengan akhlaknya yang terpuji.
Sepanjang kami menjalinkan persahabatan 4 tahun di USM,xde memori buruk berkenaan arwah. Semua yang baik2 belaka.
Siapa sangka dia yg pertama meninggalkan Geng ber7 kami. Meninggalkan kami dengan tragis.
Tragis kah? ye..aku kata tragis sebab kami x sempat menatap wajahnye yg manis buat kali terakhir. Kami cuma sempat menatap jenazahnya yang kaku...yang bila dikucup, hanya terasa dingin salju..Tragis sebab keadaanya sangan meruntun hati kami.
Mukanya bengkak, rambutnya sudah banyak yang gugur, bibirnya merekah.
Ya Allah....besarnye dugaan-Mu. Tempatkanlah dia di kalangan org yg beriman.

Menatap 2 anak kecilnya yang ditinggalkan sudah cukup meruntun hati kami. Di saat Aqma mendukung anak kecil berusia 5 bulan itu, air mata kami dah x dpt ditahan2. Mengalir laju mengenangkan nasib si anak kecil yang x sempat merasa kasih sayang seorang ibu.
Ye lah...masa umurnya baru 3 bulan, maknye sudah start kritikal. Tak mampu lagi menguruskan bayi kecil ini.

Midah mula sakit semasa mengandungkan anak kedua lagi. Dia mula rasa gatal2 seluruh badan, tapi disangkakan penyakit biasa. Selepas habis pantang, dia mula sakit sendi. Angkat bahu pun tidak mampu. Tapi dia begitu kuat. Langsung x khabarkan pada mak ayah dan kami kawan2nye.
Hanya selepas dia sudah x mampu berdiri dan buat sebarang kerja, barulah mak dan ayah dia tahu dia sedang sakit tenat.
Katanya x mahu menyusahkan sesiapa.

Kami hanya dapat tahu yang dia sakit 2 minggu sebelum pemergiannya. Ralatnya kami sebab x sempat tunaikan impian arwah untuk bertemu kali terakhir haya Tuhan yang tahu. Hibanya kami menatap jenazah kakunya hanya Dia yang mengerti. Sedihnya kami semasa menyalami emak arwah, hanya Allah yang tahu.

Aqma ada menelefon MIdah beberapa hari sebelum Midah meninggal, dan Midah ada beritahu yang penyakitnya dah serang paru2 dia.Paru2 terpaksa ditebuk sebab dia sering sesak nafas.
Midah menangis bagitahu hajatnya nak jumpa kami ber6.
Selepas diberitahu Aqma, kami terus plan ad hoc. Hari Ahad minggu tu juga kami ber6 akan pergi ke Gua Musang. Hari Sabtu malam, kami semua berkumpul di Cameron Highlands dan plan untuk bertolak ke Gua Musang pagi esoknya pukul 7 pg.

Tapi, perancangan Allah maha hebat,. Pukul 8 malam 21hb, aku tiba2 dapat panggilan telefon dari suami Midah, memberitahu yang Midah sudah sakit tenat. Dia dalam kritikal di ICU Hospital Kuala Krai. Keadaannya sangat kritikal dan chances cuma 50:50.
Kami sudah x sedap hati. Tak mampu tidur nyenyak malam tu. Tapi, masing2 berdiam diri, x mahu keluarkan andaian yang buruk2.

Pulu 6.40pg, sedang kami bersiap2 mengemas barang untuk keluar homestay, tiba2 kami dpt pesanan SMS yang menghancurkan hati kami. Midah baru kembali ke rahmatullah pukul 6.30pg. Ya Allah...sedihnya hati kami...Misi kami untuk menziarah Midah..untuk bagi semangat pada dia... bertukar jadi misi untuk menziarah jenazah kakunya.
Kawan kami, Zirah siap DIY kad khas untuk kami coretkan kata2 semangat untuk Midah. Sekarang kad tu tinggal kosong x terisi. Kami semua speechless. Midah meninggal pada usia yg sangat muda, 29 tahun dan meninggalkan dua anak lelaki. Seorang berumur 3 tahun setengah, manakala seorang lagi berumur 5 bulan.

Ketibaan kami di Gua Musang pukul 10 pg disambut oleh keluarga Midah dengan linangan air mata.Sememangnya kedatangan kami memang sudah diketahui semua keluarga Midah, kerana midah memang dengan gembiranya beritahu mereka yang kawan2 baiknya hendak datang menziarah. Betapa istimewanya kami di mata Midah, tapi kami pula x sempat tunaikan hajatnye untuk melihat kami buat kali terakhir.

Kami hanya mampu sedekahkan yasin dan mencium jenazahnya yang kaku dan dingin. Aku hanya mampu menangis sampai mata bengkak . 2 hari baru surut bengkaknya. Bila Encik suami tegur suruh aku redha. Aku marah. Aku bengang. Aku ckp pd encik suami.
'Saya berhak sedih'
'Dia kawan baik saya'
'Awak x tahu macam mana closenya kami dulu!!'
'Saya berhak menangis'
'Awak x berhak suruh sy stop nangis'

Encik suami hanya mampu menenangkan aku ..Tapi air mata still x mampu stop.She is too special to me.. to us.

Midah..Kenangan kita bersama belajar di USM Transkrian selama 4 tahun akan sentiasa terpahat di hati. Kami x akan dapat melupakan Midah sampai ke hujung nyawa. Mudah2an kita akan berjumpa lagi di syurga.

Geng ber7 kita sentiasa akan dikenang. Disebabkan geng be7 ni, aku dpt rasa keindahan n keseronakan belajar di USM. Bak kata Ida, kita berkawan tanpa ada tujuan n tanpa mengharapkan ape2. Kita xde mengutuk sesama sendiri di belakang. Semua yang ketidakpuasan hati kita lepas je. x ada simpan2. Kenangan sama2 menyambut birthday, kenangan outing dengan bas.. Haha...very memorable. Geng be7 yg sengkek. X banyak pic kita ada.. sebab kita x pakai fon canggih2. Xde kamera hebat2. Pergi outing pun cuma dengan bas. P pasar malam pun dengan teksi sampai org gelakkan grup kami. Tapi....ada kami kisah?? kami x kacau orang..hehe..

Kenangan paling x boleh lupa bila nak kemana2 ialah kita kena naik teksi dulu untuk ke stesen bas. Dua buah teksi dipanggil, dan masing2 berebut x nak duduk depan. Selalunye Midah la yang mengalah. Lagi satu, masing2 berebut nak duduk yg teksi 4 org.. x nak yang 3 org..sebab x nak byr tambag lebih...

Haha..ntah ape2 je..Sweet nya zaman belajar.. sweetnya hidup kami bersama Midah.Midah yang suka makan Megi, n aku yg suka mengebas Meginya..

Hamidah = humble, comel, suka mencubit, suka ketawa, suka mengusik
Aqma = Kak long kawasan, penaung grup be7 kami, tegas, hot setah (hihi..bak kata ida)
Ida = petah bercakap, straight to the point
Zirah = Si anak mami, ckp x berhenti, suka gelak dengan kuat
Sue = Suka ketawa dengan kuat kuasa 2 ( dr zirah) bila org buat lawak
Sufiah = The most low profile team member, tapi sekali buat lawak org x kan lupa,pendengar paling setia
Me = Kata mereka la...aku ni tegas orgnye...n have a very unic taste. MEhhh??



MIDAH, WE WILL ALWAYS REMEMBER YOU.. YOUR SON STILL HAVE 6 MOM.. WE WONT LET THEM ALONE.THEY HAVE US. 6 AUNTIES. MEET U AGAIN IN JANNAH..


Assalamualaikum..

Kami suka susun atur Obsession?

Assalamualaikum..

Aku x kira..aku nak up 2 post dlm satu hari..kaber balik yang dh 2 bulan x hapdet blog

Korang tau x...( sila tunjukkan muka penuh minat) aku skang ni gila obses dengan susun atur.
Semuanya salah satu group ni dekat FB : Kami Suka Susun Atur
Disebabkan group ni..aku dh obses nak menyusun. Korang sila la terjah group ni..
Kalau x kuat iman, jangan terjah hokey..
Meh tengok ape aku dh susun ..
Bermula di opis.

Sila tengok pic sebelum dan selepas



Hazab betol pic sebelum

Sila jgn menyampah dengan entry ini.
Bye

Resipi Puding Roti Bakar Simple

Assalamualaikum...
Lama sungguh x hapdet blog yer..

Amboi2 kome....bila aku tgk statistik viewer for the post, aku tengok Resipi Telur bistik yang catat ranking paling tinggi.sampai 14k.
Mentang2 la bulan puasa yerk..rajin betol mengkome masak yer....

Okes.. Hari ni aku nak share resipi mudah wat puding roti..
Memang mudah sangat..
X ada adegan roti di rendam susu..
X ada adegan roti di sapu butter sebelum dirobek2...
Suma main campak2 je..
So..kepada anda yg perfectionist,...x sesuai ngan resipi ini.,
Resipi ini sesuai utk org yg carca merba mcm teman je yer...

Ok.. Bahan2nye ialah
3 biji telur
4 sudu gula
1 1/2 tin susu cair
10 keping Roti gardenia/ ape2 r0ti pun boleh..jangan roti yg keras sudeh...
Kismis
3 sudu Buttercup

Cara2
1) Pukul telur dan gula sehingga sebati.
2) Masukkan susu cair dan pukul lagi sampai sebati.Asingkan .(Adunan 1)
3) Balut loyang dengan aluminium foil.
4) Potong roti 4 segi sederhana, susun dalam loyang
5) Tabur kismis.
6) Potong buttercup jadi ketulan2 kecil..Tabur dalam loyang
7) Tuang kuah adunan 1 tadi ke dalam loyang. Kuah mesti la lebih kurang 3/4 dari ketinggian roti.
Kalau x cukup, boleh tambah susu cair
8) Bakar pada suhu 150C selama 45minit..
9) Siap!!!!

Aku x buat kuah kastard pun..sebab aku makan dengan aiskrim vanilla...perggghhhh..memang torrbaiklah..
Hahaha...masuk lift angkat sendiri.

Sila cuba resipi senang ini di bulan puasa yang mulia ini. Berbuka ngan puding sejuk2 ni memang sodaplah...
Nanti dah buat sila up pic puding anda kat sini yor...


Nanti aku nak up Resipi mee celup plak..
Rajin masak skang..maklumlah..mak buyung..macam2 nak makan..
EHHHH...ngandung ke???hehe...next entry teman coriter yer...


Till then..daaaaa