Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Wednesday, September 30, 2015

Cara mengelak bersalam dengan bukan muhrim atau non muslim

Assalamualaikum...

Hari ni ada terbaca satu post yang sangat bermakna dari my new idola, Abd Ghani Haron, sorang bekas pengetua di facebook. Dia share tentang artikel berkenaan 'Proud to be muslim'.
Tentang macam mana orang islam sendiri tak bangga menjadi muslim, iaitu senang kata , malu mempraktikkan ajaran islam.Contoh senang: malu nak hentikan meeting sekejap untuk bersolat ..atau sengaja tak mahu buat bacaan doa di awal sesuatu majlis sebab menghormati hadirin yang bukan islam.

Ok ..apekah kaitan dengan cara mengelak bersalam??? haha...aku pun tak berapa nak tahu...tapi ...rasanya ada la kaitan sikit2 kan..iaitu kita menegakkan hak kita sebagai seorang islam yang tak boleh bersalam dengan bukan muhrim. Be it dia lelaki islam atau bukan islam.Senang kata, bukan muhrim lah.

Bekerja dengan heavy industry macam aku ni, aku tak dapat elak dari bekerja dengan 85% adalah lelaki. Dan terdiri dari chinese, indian and foreigners.

Mula2 dulu, dalam 7 tahun lepas masa mula2 aku start kerja dengan kilang simen, aku dah terikut2 dengan budaya bersalam di sini. Adalah perkara biasa bagi orang2 perempuan di sini bersalam dgn orang lelaki. Walaupun terdetik rasa bersalah pada mulanya, tapi lama2 dah jadi kebiasaan. Habis meeting, org hulur tangan, aku sambut. Kalau tak sambut, takut dia malu.jKonon jaga air muka diorang.At first, ini yang aku bagitahu diri aku, sebab nak sedapkan hati sendiri.

Sampailah tahun lepas, tiba2 dapat kesedaran sebab ada baca artikel yang menyatakan, 'menyentuh tangan bukan muhrim itu ibarat menusuk pedang tajam ', ke ' lebih baik menusuk pedang tajam ke tangan dari menyentuh yang bukan muhrim'..aku tak berapa ingat yg mana satu...tapi maksudnya lebih kurang sama..nak tunjuk betapa beratnya dosa menyentuh bukan muhrim.

Bila datang kesedaran tu, I tried,...I did tried to avoid, but it was extremely hard, sebab kesedaran tu datang bukan dengan kesungguhan 100%. MAy be 60%. So, aku tewas. Rutin bersalam bersambung.

Sampaila ke 7 bulan lepas, bila aku lahirkan LDjr, aku berpantang 2 bulan. So, memakai stoking tak tinggal. Lama2 terbuka hati aku nak tutup aurat yang nan satu ni bila keluar outing. Bila aku rasa aurat dah tutup dengan lebih semprna, Allah datangkan lagi kesedaran.
Tutup dah tutup, sekarang hak suami aku tu kena tunaikan. So, masa tu,,aku nekad 200%, NO MORE SALAM-SALAM!!

Actually, when we are determined, it is easy. Yeap, keraskan hati sahaja.

Bila dia hulurkan tangan, dengan rendah diri aku angkat tangan dan senyum ,tanda NO.

Kebiasaanya akan faham, kalau tak faham, angkat tangan kali kedua.

Tak payah nak rasa bersalah, sebab kita tak salah. Normally, diorang akan faham.


Biasa yang susah nak buat ni bila kita dah biasa hulur tangan bila org yang kita kenal tu nak salam.
Semalam elok je ko salam, arini tiba2 angkat tangan pulak . aPeekedehal??
Mesti dorang fikir macam ni. hehehe Kalau orag tak kenal, senang sikit.


Summarynye, kalau nak buat, kena determined. itu je syarat dia.