Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Monday, October 12, 2015

Resipi Rendang Ayam Mudah

Assalamualaikum wbt..

Betol kata Tun Mahathir..melayu mudah lupa..
aku ni selalu lupa resipi..tambah2 bila dah jarang buat.
Bila nak masak..menggagau cari resepi dengan pak cik google.Cari yang mudah dan simple.
So, untuk mengatasi masalah kronik ni, aku tepek je la resepi kat sini.Untuk panduan diri sendiri, sementelah resipi ni sangat la mudah dan sedap. Tok guru resepi ni mestilah MIL...harusla kan...nak masak untuk suami, kena ikut resepi mak dia...dah bertahun tekak dia rasa masakan macam tu ...Laki aku ni kalau raya je memang wajib kena ada Rendang ayam dan sambal tempe jawa..As a good and solehah wife( ewahhh....),kena la masakkan...Tambah2 bila turn raya di KElantan, kena prepare untuk menghargai kebaikan hati dia beraya bergilir2 dengan adil dan saksama.
Biar rupa x menawan, janji rasa dia marbeles( daun kunyit yillek)

Bahan-bahan
Ayam
Santan
Kerisik
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
Lengkuas*
Kunyit hidup*
Serai*
Lada kering* (rebus dulu untuk kurangkan kepedasan dan buang biji2)
Daun kunyit
Tepung gandum(optional)
serbuk kunyit

Cara-cara
1) Basuh ayam dengan tepung gandum untuk pastikan lendir2 ayam keluar dengan jayanya.Untuk elakkan hanyir ayam.(OPTIONAL: KALAU MALAS TAK PAYAH BUAT)
2)PErapkan dengan serbuk kunyit sekejap
3)Goreng tohor ayam, just untuk keringkan air sahaja .Sampai kulit ayam dah jadi warna putih.Angkat.
4)Blender semua bahan bertanda *.
5)Tumis bahan2 bertanda * sampai agak2 naik bau.
6)Masukkan santan dan ayam.Kacau sekali sekala..Jangan selalu sangat , takut ayam hancur.
7) Bila dah pekat kuahnya, dan agak2 dalam 15minit lagi dah nak masak, masukkan kerisik...
8) Agak2 lagi 5 minit lagi korang nak tutup api, masukkan daun kunyit. Kacau2....
9) Siap!!!!

Yummylicious sangat,...masa nak masak tu,..niatkan memasak dengan ikhlas nak bagi orang makan, and nak buat yang terbaik..Insya Allah sedap amat dan x ada kes2 sakit perut. Jiran kata rasanye sedap mengaahkan rendang di Old town..kembang mak dengar!!!kikiki..Encik suami plak kata..x boleh komen ape dah.perfect!ewahh..koyak terus seluar trek.

Tips: Nak bagi senang lada kering keluar biji adalah dengan menggunting serong@ belah 2 terus.

Sekian..Wassalam