Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Friday, October 7, 2016

Susu Kambing Habib untuk mengelakkan sembelit

Assalamualaikum..

Aku rasa ramai mak-mak yang menghadapi masalah sama macam aku.
Anak tersayang kena sembelit!
Luth Danish start sembelit seawal dia umur setahun. Eventhough aku x pernah tukar susu dia,i.e Dutch lady, but still sembelit tu tiba2 je terjadi.
Aku cuba tukar few types of milk i.e Anmum, lactogen, Mamex, Enfagrow A+ ,Dugro etc...etc.. but still cannot solve the problem.

Betapa seksa tengok anak sembelit,
menangis bila nak membuang,
menyorok belakang kerusi, langsir ,
tengok stools dia yg besar,
tengok darah yang keluar berserta stools,
Mak2...ibu2..mommies yg ada masalah anak sembelit je faham perasaannye

Mula2 aku bawak anak aku pergi jumpa general doctor di clinic.Diorang cuma bagi jawapan cliche, which is aku betol2 nyampah dengar.
" Puan kena bagi dia makanan serat tinggi"
"Bagi makan buah-buahan"
"Bagi sayur-sayuran"

Sudahnye, doctor akan bagi ubat enema and lactulose , sambil suruh aku tukar diet anak.

Bukan mudah ok nak paksa anak umur setahun makan sayur
Bukan mudah ok nak paksa anak umur setahun makan buah
Bukan mudah ok nak paksa anak umur setahun makan makanan yang diorang tak nak makan

Doctor cakap,
"You are the mom. Slap sebijik ke, paksa ke, buat sesuatu supaya dia makan"

Luth Danish is a very picky eater. Kalau dia kata x nak, ko x payah la paksa.Sebab?
1. Aku sua donut: DIa terus cakap uwekkk
2. Aku kutis sayur halus2 suap ke mulut: dia nganga mulut sambil wat gaya nak meluah. Terpaksa aku tadah tangan
3. Aku bagi bawang pun dia akan cakap: "Abam x nak ini!" , skema je ayat dia.
4. Aku suap pisang: Uwekkk

Dohhhhh....susah OK



Aku bawa dia pergi jumpa doctor pakar kanak2 for few months. That few months, dotor cuma bagi 3 jenis ubat. Enema , lactulose and Prolaktor.Danish makan setiap hari at 5ml each time, sampai ke satu tahap dia dah x mampu nak telan.
Mula2 kesan ubat tu positif utk dia, tapi lepas 3 minggu, badan dia dah imune . Sembelit balik.

Selepas beberapa bulan menghabiskan duit company berulang alik jumpa doctor, aku decide to stop.

It is stupid to continue.
Setiap kali jumpa doctor, sama je dia ulang

1) Change diet
2) Daily potty train, 2 times per day
3) Makan ubat untuk lembutkn stools.

May be aku yang malas, sebab nak buat no 1 and 2 are quite hard for me. Sigh
Yang no 2 tu susah sebab aku working mother. seawal 7.30am dah hantar ke baby sitter, pukul 6pm baru kami anak beranak sampai di rumah. Aku mintak baby sitter poty train, dia cakap dia buat, but..who knows? dia pun bz jaga anak2 lain lagi.
Malam plak aku selalu lupa. BAlik kerja dah bz nak masak, nak siapkan barang2 untuk esok, nak makan,...nak mandi....so thats why aku fed up.
Lagi yg buat aku kecewa sebab doctor cakap,
" anak u ni bukan sebab masalah susu. Tapi sebab dia dah fobia utk meneran.Sebab dia terlalu bergantung dgn enema, otherwise dia x kan teran. Usus dia dah x kuat.Lemah"


I know he is right.
But I want solusion.

I thought he will do scanning ke..someting yang tgk imej perut ke, tgk ape problem ngan usus ke...atau at least refer pada pakar sembelit ke.
First appointment dia cuma tanya history, pegang2 perut danish.Ok fine. tu 1st kan.
Tapi 2nd...3rd....4th...appointment still the same. Thats why aku decide to stop jumpa pakar

then, sembelit kembali melanda. It was very heart broken to see him suffer again and again.
Sampai la satu hari ( Panjang betol mukadimah ), my husband tag me to iklan di FB , 'Susu kambing Habib" untuk selesaikan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.

Aku terus order, and try.

Guess what?
Alhamdulillah, dah hampir 5 bulan aku guna susu ni untuk Danish. 90% masalah sembelit dia dah x ada. 10% tu kadang2 sangat.
Aku rasa sebab dia ni memang still ada fobia untuk meneran, Ye la weh, 2 tahun dia sembelit.Tak kan hilang fobia dia overnight.
Kadang-kadang bila dia x berak selama 3 hari, dia akan sembelit sikit, tapi still dia bleh berak tanpa bantuan ubat, and stools dia x keras and hitam legam macam dulu.

Tapi, dgn syarat kena paksa dia (walaupun aku sebenarnye x suka guna kaedah ni)
"Kalau abang x nak berak, mama masuk ubat"
Baru dia akan duduk dengan baik atas mangkuk toilet, and berak.
See,
betapa fobianya dia dengan ubat. Sian Abam Danish

Aku ingat lagi dulu bila aku tanya doctor adakah anak aku perlu tukar susu kambing, may be usus dia x mampu proses susu lembu, doctor jawab yang x perlu. Sebab anak aku x alergik susu lembu pun. Sebab tu masa tu aku reluctant utk tukar susu kambing.2 tahun anak aku suffer dengan sembelit.

Orang sekeliling ada yg nasihat," its ok, kejap je ni. Nanti dah besar dia ok lah"

Tapi, kejap tu bila ? Tgk anak suffer nak membuang stiap hari adalah sangat menyeksakan.

Orang kata, dulu masa ko anak dara, nak basuh tahi baby sangat la memualkan. Mau ko muntah.
Tapi, bila ko dah ada anak, anak berak pun ko suka.
Betol tak?

Heheh...


Sila la kome try susu kambing habib kalau anak kome pun bermasalah.
Aku dah jadi agen untuk susu ni, untuk kegunaan sendiri.
Tapi kalu kome nak order okey jugak.
Hehe

Sekian.


Thursday, October 6, 2016

Resipi Cempedak Goreng



Resipi Cempedak goreng

Bahan-Bahan
Cempedak - sebiji
Tepung beras -3 sudu *
Tepung Gandum - 3 sudu*
Kunyit*
Garam*


Cara-cara
1.Satukn semua bahan bertanda * .Masukkan air sampai dapat kelikatan yang sesuai
2. Masukkan buah cemoedak
3. Sedia untuk di goreng
4. Siap

Bila Mama tak ada 5 hari

Assalamualaikum

First time aku kena berjauhan dari anak-anak 5 hari lamanya. En suami import Mil untuk datang tolong jaga anak2 sepanjang ketiadaan aku.

He manage well. Tapi aku x nak cerita pasal macam mana dia manage anak. Aku cuma nak cerita perangai anak bongsu aku, si Lisa Damia.

Sepanjang aku di Petaling Jaya, dia akan tidur dengan Opah dia tiap-tiap malam. Dia x nak tidur dengan abah dia. May be sebab dia rindu dengan mama dia (Walaupun masa aku ada, dia tidur sebelah abah @abang dia). Hampir setiap hari kitorang video call.

She seems OK.
Abang dia lagi banyak buat hal , menagis cari mama malam2.
Pergi cari mama di dapur..
Memanggil-manggil nama mama.


Bila video call je si Damia rilek je. NAmpak macam hati kering.
So I thought she was OK.

Hari aku balik KL, masa suami jemput aku, si Damia dalam kereta tengah tengok burung merpati makan dari tingkap kereta.
Dari jauh aku jerit nama dia, and guess what?
Dia langsung x pandang aku, mcam x ada ape2 and dia just continue tunjuk burung dengan penuh excited.

" Amboi adik, x de perasaan pun tengok mama. Hati kering betol"

But, I'm totally wrong.
Sampai je di rumah , dia terus 'start'.


5 hari weh.....
5 hari kerja dia menangis je.. sentap..merengek...nak dukung..merajuk..berguling2 atas lantai...
Dia cuma senyap bila dia nak tido je.
Memang totally mencabar kesabaran betol.


Akhirnya, hari ke enam, baru dia normal.
Dia baru senyum.
Dia baru ketawa.
Dia baru makan dengan berselera
Dia baru nak bergurau
Dia baru nak cheeky.


Summary, She is not OK ditinggalkan.
She is tough outside, but 'tauhu' inside.

HEHE.

Sunday, July 24, 2016

Resipi Gulai lemak ikan tongkol versi Kelantan

Kita bersiaran lagi dengan resipi2 yang mampu menaikkan berat badan.
Nama resipi adalah seperti yang disebut di atas. Ikan tongkol atau lebih dikenali ikan ayo memang sedap dimakan begitu saja..eh..mmg sedap dibuat singgang, msk kari,goreng, sambal dan juga masak lemak kuning.

okey.lets checkedouttt.

bahan-bahan
ikan tongkol seekor saiz sedang
kelapa sebiji
lengkuas*
kunyit hidup*
asam keping
bawang merah*
bawang putih seulas*(resepi mak ambo guna bwg putih sikit)

cara-cara
1)Tumbuk bahan2 bertanda * sampai agak2 lumat sikit2
2) Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk,ikan,asam keping ke dalam periuk. Gunakan api kecil supaya tak pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam dan gula. Siap!!


Senagkan resepi mak jemah..senang and lazat.lagi lazat kalau makan dengn sambal lada dan ikan gelama masin..yummehhh x hengat...3 pinggan kau makan nanti

Nota kaki:
kalau suka ikan tu rasa masam2, kome boleh rebus dlu dengan asam keping...mak jemah suka ikan fresh..n x suka sangat ikan masam...kalau kuah gulai masam2 sikit xpe...ikan kalu, nehi2

Thursday, July 21, 2016

Kabinet Dapur

Selepas berhempas pulas menyimpan duit selama 2 tahun, akhirnya baru lah cukup duit untuk buat Kitchen Cabinet(KC). Mula- mula anggaran kasar dari kontraktor , aku perlukan RM15k.Anggaran cost ini aku dapat dari satu kontraktor Cina. Of course ini untuk Kabinet dapur semata-mata. Tak termasuk hidden cost, mischelenious cost and unsangkarable cost. Contingency cost kurang-kurang kena lagi ada dlm RM3k.

So,first step yang aku buat adalah dapatkan quotation dari few contractors...OPss..bunyi macam banyak sangat, actually 2 orang je pun...ahaks...Mula-mula aku ingatkan nak ambil dari 4 kontraktor, tapi disebabkan dua2 kontraktor ni bagi quotation very close, different by rm 500 je, so, aku buat kesimpulan kontraktor lain pun may be more less is same. And, by the way , both contractors is Malay. Mula2 risau jugak , sebab kome tau sendiri lah ye...malas nak cerita pasal tanggapan tipikal pada kotraktor Melayu. Sebab aku pun mula-mula tipikal. Tapi, bila dua2 kontraktor ni bagi quotation, terbuntang mata aku tengok...Cuma RM11k. kurang 27% okey.
Tipical me, so I decided to go ahead with Malay contractors, mainly because of the price ( which is I regret the most). And, konon nak tolong sesama Melayu. Ptuihhhhh...

Selepas berdiskusi dengan dua2 kontraktor, tengok offer diorang, and also tengok pengetahuan diorang, aku decided to go with Contractor S, iaitu orang taman aku jugak. Kedai dia pulak cuma di taman sebelah je. Reason I choose him:
1) Bila aku cakap nanti nak design macam ni ,,macam tu sambil tunjuk pic - semua dia cakap OK. and he can feedback well. Everything I request, he said possible , and his way is very promising.
Nota kaki: Aku ni sangat cerewet and complicated. Dalam telefon aku, penuh pic deco-deco and macam2 technology susun atur yang aku nak follow. kihkih..So, alang-alang nak buat KC kan, so kita menyeluk pekasam habis-habisan lah.

2) Contractor S fast response in term of replying wassap and also giving quotation .

3) Got few items FOC.

4) Kedai dia dekat je. In case jadi ape2, senang nak serbu.kihkih


Okey.. Panjang sangat mukaddimah kauuu..

So, being me, mula-mua aku plan bajet and senaraikan semua benda yang aku nak beli dan cost yang terlbat dalam excel file and simpan dalam google drive. Ini untuk membolehkan aku update dari laptop, and also dari mobile phone.

Senarai kos

KABINET DAPUR (KC)
KABINET TV (KTV)
EXTRA JOB(UNEXPECTED JOB SCOPE)
Hob and hood
Kipas dinding
Sinki
CAT+drill
SEWA LORI
KABINET AKSESORI
STOOL BAR
CAT HIJAU
VACUUM
WALL PAPER+STICKER


Opss, lupa nak habaq. Disebabkan cost KC adalah below my budget, so I decided to do Kabinet tv (KTV) also. ahaks...



So, inilah model KC idaman aku


Tak bleh tahan betol.. dream high...kihkih



Kerja2 KC aku ni quite major, sebab melibatkan hacking old table top, tinggikan floor, concrete balik, pasang tiles balik...sebab dulu dapur aku ada wall yang pisahkan wet kitchen dengan dry kitchen. Disebabkan wet kitchen sangat kecil, aku decide untuk hapuskan wall tu and jadikan satu je dapur.. tak payah nak dry2 kitchen sangatlah. Utilization Factor is very less, it is not good mehhhh..kihkih..poyo.

So..inilah dapur asal aku





So, ini prosesnye pulak






Ini pulak hasil akhir. Jauh la beza dengan dapur idaman. hakhak..Tapi, x pe lah....dah bajet pun terhad kan.syukur Alhamdulillah.






Aku banyak tambahkan detail2 untuk lebih mengorganizekan dapur . Contohnya macam kat bawah ni. Ye lah, sejak join group KSSA(Kami suka susun atur )dan few grouo deco( Deco Rumah bersama, Kami Suka deco2, etc) di FB, dah kronik plak aku ni. Semua benda nak organize , and mesti membuatkan kerja masak2 aku senang. Semua bahan memasak mesti senang dicapai.. hehe...So, hasilnya sangat menepati apa yang aku dok idam selama ni.





Dapur aku bersambung dengan tempat mendobi.


Nota kaki.

Banyak cabaran yang aku hadap dalam proses nak siapkan KC ni:
1) Kontraktor kerja sambil lewa. Hari ni datang separuh hari..esok tak datang..Lepas tu x pandai nak wassap or call bagutahu pekerja x dapat datang. Bila aku tanya:
oooo dia MC...
Oooo..dia demam...
OOoo..hari ni sorang je..
oOOO...dia buat kerja tempat lain hari ni...(dooooohhhh..)

Mula2 aku estimate kerja tu boleh siap dalam 2 minggu, tapi rupanye exactly sebulan . Itupun sabtu ahad aku terpaksa allow dorang buat kerja.. Kadang2 sampai malam, sampai aku request kerja2 bising jangan kerja over 7mlm, sebab x nak ganggu ketenteraman jiran. Macam mana tak bawa ke malam weh, kalau datang kerja start pukul 12 tgh hari..aduhaiiiii...x pernah aku kerja ngan orang gini. Memang terbaeeek lah lesson ni. Selama ni aku kerja dengan contractor2 di kilang, memang btol2 standard kilang lah. datang kerja awal pagi..respect dateline, boleh tahan maki. Ini , aku nak maki pun aku risau, ...kang esok merajuk x nak datang...mamposss aku...
Bukan nak racist la,,sebab aku pun Melayu tapi...kontraktor ni betol2 buat aku serik!!

Dah la sekejap2 suruh aku top up duit. Sampai ke kerja semua siap, cuma tinggal RM1000 je balance nye..
Tak tau la sebab dia x de duit nak running modal, atau tu memang taktik dia nak elak dari customer yang liat buat payment. Sama ada dia sengkek atau genius.

2) Kontraktor aku ni suka sepah barang2 peralatan kerja dia: macam grinder, hammer , skru, drill etc. Lepas kerja, tinggal je tergolek atas lantai. Tak ada 5S sistem langsung. Husband aku ni dah lah x boleh tengok benda bersepah, lantai berhabuk sampai nak pijak pun tak ada ruang. Setiap hari lepas kontraktor balik, dia akan sapu, kemas barang2 dan mop lantai bila teruk sangat. Few days macam tu, lepas tu aku tgk nasib baik la kontraktor ni reti bahasa. BAru dia ada sapu2 ..and kadang2 siap mop kan sekali..kihkih..

3)Kerja-kerja dia kurang kemas:
a) Lighting sampai 3x ulang repair asyik rosak ok rosak ok rosak ok.
b) Paip bocor sampai banjir ke hall cuma setel lepas 3 hari
c) Banyak la kerja kecil2 yang kena komen perlu di touch up. Tu biasa la kan..acceptable. Yang bagusnye kontraktor ni, bila aku komplen x pernah cakap TAK,Tak BOLEH atau apa2 ayat yang menyakitkan hati. YAng dia selalu jawabt, OK,SY REPAIR,BAIKLAH,BOLEH....
So, yang ni dah menurunkn sikit darah yang baru nak naik.
d) lepas semua kerja dah totally siap, ada few things yang rosak and kebanyakan sebab skru tercabut. Workmanship out. Sampai searang ada 1 kerja pending. Aku rasa memang x datang dah tu...dah sebulan lebih pun...duit dah abes bayar...aku pun malas nak follow up..kalau dia kontraktor yang jujur..dia akan datang walau aku x follow up..Kalau dia jenis kontraktor yang pegang pada duit semata2 utk buat kerja, dia x akan datang.. Aku malas nak sakit kepala. NAnti minta encik suami je la betolkan(mintak2 dia pandai)
e) Rubbles dari hacking job penuh belakang rumah. Lepas totally abes kerja baru diorang clearkan.. Sampai dah ada tikus besar aku tengok , sampai dh ada nyamuk rumah aku skarang....aduhai...

Kesimpulan, aku hanya mampu merancang, tapi Allah adalah sebaik2 perancang.

Pengajaran: Kerja2 construction ini adalah susah!!

Sunday, June 19, 2016

Resipi Nasi Daging Mudah

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share resipi nasi daging.
Disebabkan nasi daging is my feveret, tapi jarang buat , so resipi ni senang lah aku lupa.
Oleh itu, moh kita bukukan di sini
Sebelum tu,kita layan pic dulu
Bahan-bahan (Nasi)
Daging lembu
Halia
Beras 2 pot
Buah pelaga*
Bunga lawang*
Kayu manis*
Bunga cengkih*
Bawang merah*
Bawang putih*
2 sudu rempah kurma*
Tomato -hiris dadu
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
Minyak sapi( aku guna minyak biasa je)


Cara-cara
1)Rebus daging dan halia selama 30minit dalam pressure cooker( rebus sekali dengan urat-urat daging.lagi sedap)
2) Di periuk lain, tumis bahan bertanda * sampai garing (jangan hangit plak).
3)Masukkan beras. Goreng sekejap.
4)Masukkan ke dalam rice cooker dan tambahkan air rebusan daging tadi bersama-sama daging sekali + susu cair + daun pandan+ tomato+ garam . Jumlah air sama banyak dengan jumlah biasa nasi biasa.


Bahan-bahan Air asam
Tomato -2biji *
Bawang merah-sebiji *
Lada -ikut kepedasan *
Kerisik*
Garam*
Gula*
Air asam jawa*
Tomato - hiris nipis
Bawang merah -hiris nipis

Cara-cara
1)Blender semua bahan bertanda *
2) Masukkan tomato dan bawang merah
Siap

Sedap dimakan dengan kari daging, dalca, atau sup.

Selamat mencuba

Thursday, May 12, 2016

Review Philips PerfectCareViva Steam Iron

Assalamualaikum...

Rasa nak review barang pulak hari ni.. Kes nye sebab bila aku google nak beli barang, memang biasanya x banyak review dalam bahasa melayu and dari Malaysia.Tak puas hati pulak.. So, mana la tau dengan riview ni boleh membantu orang lain yang nak beli iron kan.

Detail spesicification ada katt sini.
http://www.philips.co.uk/c-p/GC7015_20/perfectcare-viva-steam-generator-iron


My Personal view..
AKu rate this item 7/10.

Memang best guna iron ni :
1) Tak payah setting , hanya guna 1 jenis suhu je untuk semua jenis fabrik.
2) Memang x melekat
3) Insya Allah x akan ada kes kain hangus
4) Nak buat side is no more a problem, kihkih
5) Iron kemeja yang susah (jenis fabrik yang kategori susah hilang kedut) tu pun dah jadi senang.
6) Dulu nak iron sehelai uniform pun malas, sekarang kalau nak iron sehelai je rasa x berbaloi sebab iron kena panaskan 2 minit dulu sebelum guna. Rugi la iron dah panas, kau iron sehelai je baju yg x makan masa sampai seminit dua.
7) Iron tudung pun senang amat, lipat je shawl tu jadi 2,nanti dua2 bahagian jadi x kedut
8) Iron jacket tebal ( uniform) pun x jadi masalah dah. Siap boleh buat side..kihkih...nampak sangat sebelum ni aku gosok jaket gitu2 je....
9) Gosok atas uniform yg ada luminous stripe pun xdok masalah
10) Boleh iron vertical...tapi aku x suka sangat, sebab lenguh tangan weh, iron tu berat jugak. 1kg lebih kot.
11) Tangki air besar, 1.7liter. Untuk aku yang cuma berdua di rumah, iron uniform and baju dating kengkadang, seminggu sekali je isi air, kadang lebih dari seminggu.
11) Boleh self cleaning, nama sistem dia Smart Calc. Tekan button je. NAnti semua kotoran akan keluar, ko buang jer air tu...Siap dia akan alert user lagi bila nak kena buat Calc ni.

Yang tak best:
1) KEna hati2 tempat steam keluar dari muncung tu, jangan gatal letak tangan kat depan, atau tala ke muka..panas weh
2) Kena pastikan iron board korang guna tu khas untuk steam iron, eloknye steel mesh ( aku pakai Ikea punye). Kalau material dari chipboard, aku baca review katanye nanti cepat kembang. Sebab kita pakai steam air banyak masa menggosok.
3) Yg paling super duper x best tu bila lepas aku beli VIva ni..sekali yg Aqua ada sale gila2 plak..Cis....yang Aqua mesti la lagi power, sebab steam boost dia 200g plus2, while Viva ni 170g jer.Mau kalau guna Aqua, 5 saat dah siap gosok selai baju.Kihkih..


Ok..TU je lah...my riview..HEhe

Wednesday, May 4, 2016

Bagaimana Cairkan Sijil ASB

Assalamualaikum wbt...

Aku rasa ramai orang kat luar sana yang ambil pinjaman dari bank untuk dapatkan sijil ASB kan?
Aku salah seorang darinye...Hampir 7 tahun lepas, aku ambil pinjaman dari Maybank sebanyak RM20k selama 20thn@25thn..lupa plak..
Masa tu aku ambik sikit je, ye la,, gaji x banyak, kesedaran pasal plan kewangan x reti sangat, ilmu tentang pelaburan pun hampir zero. Aku ambik loan tu pun sebab bulanan dapat gaji je habis, x sempat nak menyimpan.. ahaks!!

So, start dari tahun lepas, aku dok bercita2 nak buat settlement loan ASB ni sebab aku nak habiskan bayar kereta.Kira aku nak settlekan dua hutang sekaligus.

Maka, gigihlah aku simpan duit bonus selama 2 tahun, duit saham company sikit.. SO, 2 minggu lepas, aku pergi lah MAybank ke kaunter, tanya macam mana nak buat settlement. Sebelum tu, aku dah check di MAybank2u, jumlah baki hutang. So, transfer semua simpanan di Tabung HAji siap2 ke dalam akaun Maybank.

Bila p kaunter,

" Puan dah tau ke berapa baki nak bayar?"
"Yer, saya tau" , dengan kompiden nye.
"Ok. aMbik borang ni, isi. NAnti saya bagi nombor"

.
.
.
.Akhirnya jumpa lah dengan pegawai bank. Tiba-tiba dia cakap,
" U akan dikenakan caj rm 100++ for redempetion cost"
" Haaa? Kenapa..."

Bla...bla......dah x masuk dalap kepala ape dia cakap. Dalam hati cuma terfikir, dah la x dapat rebate satu sen sebab settlekan awal, lagi kena charges. Sigh......

" NAnti puan kena tunggu lebih kurang sebulan untuk dapatkan sijil, lepas tu puan kena pergi ke PNB(ASNB) untuk cairkan sijil ni"
Lepas tu, aku pergi ke kaunter bawak form tu dan bayar smua baki.

MAka baliklah aku dengan skeping resit, menunggu tiba sijil lah plak.

Tak sampai sebulan, bank call bagitahu sjil sudah ready. Dan sudah sedia untuk di cairkan.

Tamatlah sudah kisah ASB aku ...duit pun dah dapat, ..and untuk dapatkan duit tu, korang kena bawak buku ASB. Nanti semua duit akan masuk situ.

Itu je la kisahnye macam mana nak cairkan sijil ASB anda.

Opsss,,lupa nak bagitahu, lepas 2, 3 hari aku perasan ada credit dlm rm70+ masuk dlm akaun maybank.So, caj settlement lebih kurang RM 40 je lah...

And untuk info korang, kalau korang ambik ASB konvensional, korang x kan dapat 1 sen pun rebate for early settlement, tapi kalau korang ambik ASB islamik, korang boleh dapat rebate. Untung di situ..

Next time kalau nak buat loan ASB lagi, insya Allah akan ku ambik yang islamik.. Dulu 7 tahun lepas, mana ada choice, sekarang ni dah ada..haruslah kena bijak memilih, sesuai dengan tuntutan agama.

Tak gitu??


Tuesday, May 3, 2016

Buat baik di balas baik

Assalamualaikum wbt...

Mesti korang pernah dengar kan pasal buat baik akan dibalas baik?

Sekali kita buat baik kat orang, Allah akan balas balik berganda2 lagi ganjarannya.

Ni terjadi dekat aku, Allah balas cash.

Hari tu aku pergi Pasar Malam bersama si abang, Danish.Encik suami jaga si kecik di rumah je. Kes nye sebab aku nak beli buah mempelam , ada potluck di ofis..makan rojak.

NAk di pendekkan cerita, masa balik ni..di hadapan aku ni seorang ibu dengan anak yg tengah pegang belon besar bentuk kartun berjalan2.
Tiba2 belon ni jatuh dari pemegang belon, dan budak kecik n ibu ni x sedar . Aku tolong kutip, panggil si ibu ni tapi dia x dengar. Nak kejar laju, terhad dengan si Danish yang jalan perlahan. Nak dukung kang, banyak barang plak di tangan aku.

"Sis.."..macam x kena plak nak panggil macam tu

" Akak berbagpack!" Pun dia x dengar

" Akak berbaju merah" Kuat sikit aku laung...and kebetulan peniaga ikan nampak aku dok panggil akak ni, dia tolong tunjuk ke arah aku.

Kikiki...suara aku ayu sangat kot

Lepas bagi belon tu ke dia..kami pun berlenggang happily ke arah kereta..agak jauh aku parking. Tiba2 aku dengar ada org panggil aku...

Kalih2..tgk sorang laki kejar aku dr belakang...jinjing plastik ayam seekor..

Oh mengggggg..aku bayar ayam tapi x ambill...

Malu gila weh...

Mula2 tu aku tgk abg ni macam nak marah.

Tapi lepas aku ckp," Sori..lupa" dengan senyuman manis amat,

dia pun macam clueless..senyum..lepas tu pusing ke belakang menghala ke gerai dia jauh nun kebelakang..


aduhhhh...malunyeeeee.....
mesti abg peniaga ikan tu nmpk scene aku kejar sis berbaju merah...sementara abg jual ayam plak...kejar aku...

what a scenario!!!


kehkeh...

tiba2 teringat plak vidio di FB yang pasal rantaian org yg berbuat baik tu..pusing2...last2 org 1st buat baik..diperbuat baik oleh org lain..kikikikiki

Teringat plak kata2 , "If you cant find someone nice, be the one".


Ok..tu je..tadaa

P/s; By the way, minggu lepas tu aku pergi beli ayam di kedai lain dah.. masa lalu kedai ayam abg tu..laju je aku jalan..takut dorang kenal..wahahahahah

Tuesday, March 22, 2016

Resepi Puding Gula hangus @ Puding karamel

Assalamualaikum


Siapa kat sini suka makan puding gula hangus angkat tangan??

Me...Me...

Suka sangat makan, tambah2 bila cuaca panas macam sekarang ni..

And being me, selalu lah lupa resipi nye...
Disebabkan teringin nak makan, maka aku gugel lah resipi, and harini siap lah sebijik puding gula hangus.

Bahan-bahan

Gula 3 sudu
Telur gred A 7 biji
Susu pekat 1 tin ( Kalau nak kurang manis, 3/4 sudah cukup)
air secawan
esen vanila 1 sudu teh


Cara2
1) PAnaskan gula di dalam loyang guna api perlahan sampai hancur. Biar rata dlm loyang, tutup api
2) Dlm bekas lain, pukul telur, masukkan air, susu dan esen vanila sampai berbuih
3) Kukus selama 45minit


Siap..sedia utk dimakan...yummm..yummmm

Friday, March 18, 2016

Selamat Ulang Tahun

Assalamualaikum...

Lama nya x bersiaran kat sini.. Ada je aku menjengah ke blog tapi nak menaip entry tu x ada idea sesangat.
Bz konon..kihkih...
by the way, just nak citer yang 14 March hari tu aku menyambut ulang tahun yg ke 31 dengan jayanye..

Ecewah...ape yg berjaya ntah...x ada ape2 sambutan pun...cuma pergi makan2 n jalan2...

sambar kasut sebjik di aeon, sebagai hadiah..huhu..

X ada ape yg nak hepi pun dgn sambutan besday... ye lah...besday bermaksud


aku semakin tua
umur semakin meningkat
kedut makin banyak
uban x lama lagi dh nak tumbuh
umur makin singkat
kubur kata mari-mari
dunia kata pergi-pergi


Memang banyak sgt dpt wish dr suami, keluarga, kawan2 baik, kawan2 x berapa baik etc..etc....n x lupa ofcoz from my mom also...


Dlm banyak2 wish, cuma ada satu je yang terkesan sgt dalam hati aku...iaitu dari akak aku...

dia kata..
"Semoga sihat, ceria dan bahagia selalu..semakin bertambah umur, semakin bertambah amal kebaikan"

Part bertambah amal seiring dgn usia tu aku rasa macam terpukul sikit.

Umur dah banyak ni belum ada peningkatan lagi terhadap amal.


Dok nak hafal surah kahfi x buat2
dok nak hafal surah al-mulk x buat2
dok nak ajar Danish mengenal aliff baa taa x buat2


Jadi, ucapan akak aku tu memang kena batang hidung sangat...



Teringat dengan ceramah dari 2 ustaz tentang betapa hampirnya hari kiamat, buat aku insaf sekejap.
Dengan cuaca el nino yg panas tahap gaban skang pun x bleh tahan, mampu ke nak tahan seksa api neraka..


adoi..tu yg buat lg terkesan dgn perkataan amal...


tp pada saat ke 18hb ni pun...x de lagi aku ambik action..duhhhhhhh..kena wat cheklist ni..

jom kome....

muasabah diri...


chaiiyyookkkkkk MI!!!!..