Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Thursday, May 12, 2016

Review Philips PerfectCareViva Steam Iron

Assalamualaikum...

Rasa nak review barang pulak hari ni.. Kes nye sebab bila aku google nak beli barang, memang biasanya x banyak review dalam bahasa melayu and dari Malaysia.Tak puas hati pulak.. So, mana la tau dengan riview ni boleh membantu orang lain yang nak beli iron kan.

Detail spesicification ada katt sini.
http://www.philips.co.uk/c-p/GC7015_20/perfectcare-viva-steam-generator-iron


My Personal view..
AKu rate this item 7/10.

Memang best guna iron ni :
1) Tak payah setting , hanya guna 1 jenis suhu je untuk semua jenis fabrik.
2) Memang x melekat
3) Insya Allah x akan ada kes kain hangus
4) Nak buat side is no more a problem, kihkih
5) Iron kemeja yang susah (jenis fabrik yang kategori susah hilang kedut) tu pun dah jadi senang.
6) Dulu nak iron sehelai uniform pun malas, sekarang kalau nak iron sehelai je rasa x berbaloi sebab iron kena panaskan 2 minit dulu sebelum guna. Rugi la iron dah panas, kau iron sehelai je baju yg x makan masa sampai seminit dua.
7) Iron tudung pun senang amat, lipat je shawl tu jadi 2,nanti dua2 bahagian jadi x kedut
8) Iron jacket tebal ( uniform) pun x jadi masalah dah. Siap boleh buat side..kihkih...nampak sangat sebelum ni aku gosok jaket gitu2 je....
9) Gosok atas uniform yg ada luminous stripe pun xdok masalah
10) Boleh iron vertical...tapi aku x suka sangat, sebab lenguh tangan weh, iron tu berat jugak. 1kg lebih kot.
11) Tangki air besar, 1.7liter. Untuk aku yang cuma berdua di rumah, iron uniform and baju dating kengkadang, seminggu sekali je isi air, kadang lebih dari seminggu.
11) Boleh self cleaning, nama sistem dia Smart Calc. Tekan button je. NAnti semua kotoran akan keluar, ko buang jer air tu...Siap dia akan alert user lagi bila nak kena buat Calc ni.

Yang tak best:
1) KEna hati2 tempat steam keluar dari muncung tu, jangan gatal letak tangan kat depan, atau tala ke muka..panas weh
2) Kena pastikan iron board korang guna tu khas untuk steam iron, eloknye steel mesh ( aku pakai Ikea punye). Kalau material dari chipboard, aku baca review katanye nanti cepat kembang. Sebab kita pakai steam air banyak masa menggosok.
3) Yg paling super duper x best tu bila lepas aku beli VIva ni..sekali yg Aqua ada sale gila2 plak..Cis....yang Aqua mesti la lagi power, sebab steam boost dia 200g plus2, while Viva ni 170g jer.Mau kalau guna Aqua, 5 saat dah siap gosok selai baju.Kihkih..


Ok..TU je lah...my riview..HEhe

Wednesday, May 4, 2016

Bagaimana Cairkan Sijil ASB

Assalamualaikum wbt...

Aku rasa ramai orang kat luar sana yang ambil pinjaman dari bank untuk dapatkan sijil ASB kan?
Aku salah seorang darinye...Hampir 7 tahun lepas, aku ambil pinjaman dari Maybank sebanyak RM20k selama 20thn@25thn..lupa plak..
Masa tu aku ambik sikit je, ye la,, gaji x banyak, kesedaran pasal plan kewangan x reti sangat, ilmu tentang pelaburan pun hampir zero. Aku ambik loan tu pun sebab bulanan dapat gaji je habis, x sempat nak menyimpan.. ahaks!!

So, start dari tahun lepas, aku dok bercita2 nak buat settlement loan ASB ni sebab aku nak habiskan bayar kereta.Kira aku nak settlekan dua hutang sekaligus.

Maka, gigihlah aku simpan duit bonus selama 2 tahun, duit saham company sikit.. SO, 2 minggu lepas, aku pergi lah MAybank ke kaunter, tanya macam mana nak buat settlement. Sebelum tu, aku dah check di MAybank2u, jumlah baki hutang. So, transfer semua simpanan di Tabung HAji siap2 ke dalam akaun Maybank.

Bila p kaunter,

" Puan dah tau ke berapa baki nak bayar?"
"Yer, saya tau" , dengan kompiden nye.
"Ok. aMbik borang ni, isi. NAnti saya bagi nombor"

.
.
.
.Akhirnya jumpa lah dengan pegawai bank. Tiba-tiba dia cakap,
" U akan dikenakan caj rm 100++ for redempetion cost"
" Haaa? Kenapa..."

Bla...bla......dah x masuk dalap kepala ape dia cakap. Dalam hati cuma terfikir, dah la x dapat rebate satu sen sebab settlekan awal, lagi kena charges. Sigh......

" NAnti puan kena tunggu lebih kurang sebulan untuk dapatkan sijil, lepas tu puan kena pergi ke PNB(ASNB) untuk cairkan sijil ni"
Lepas tu, aku pergi ke kaunter bawak form tu dan bayar smua baki.

MAka baliklah aku dengan skeping resit, menunggu tiba sijil lah plak.

Tak sampai sebulan, bank call bagitahu sjil sudah ready. Dan sudah sedia untuk di cairkan.

Tamatlah sudah kisah ASB aku ...duit pun dah dapat, ..and untuk dapatkan duit tu, korang kena bawak buku ASB. Nanti semua duit akan masuk situ.

Itu je la kisahnye macam mana nak cairkan sijil ASB anda.

Opsss,,lupa nak bagitahu, lepas 2, 3 hari aku perasan ada credit dlm rm70+ masuk dlm akaun maybank.So, caj settlement lebih kurang RM 40 je lah...

And untuk info korang, kalau korang ambik ASB konvensional, korang x kan dapat 1 sen pun rebate for early settlement, tapi kalau korang ambik ASB islamik, korang boleh dapat rebate. Untung di situ..

Next time kalau nak buat loan ASB lagi, insya Allah akan ku ambik yang islamik.. Dulu 7 tahun lepas, mana ada choice, sekarang ni dah ada..haruslah kena bijak memilih, sesuai dengan tuntutan agama.

Tak gitu??


Tuesday, May 3, 2016

Buat baik di balas baik

Assalamualaikum wbt...

Mesti korang pernah dengar kan pasal buat baik akan dibalas baik?

Sekali kita buat baik kat orang, Allah akan balas balik berganda2 lagi ganjarannya.

Ni terjadi dekat aku, Allah balas cash.

Hari tu aku pergi Pasar Malam bersama si abang, Danish.Encik suami jaga si kecik di rumah je. Kes nye sebab aku nak beli buah mempelam , ada potluck di ofis..makan rojak.

NAk di pendekkan cerita, masa balik ni..di hadapan aku ni seorang ibu dengan anak yg tengah pegang belon besar bentuk kartun berjalan2.
Tiba2 belon ni jatuh dari pemegang belon, dan budak kecik n ibu ni x sedar . Aku tolong kutip, panggil si ibu ni tapi dia x dengar. Nak kejar laju, terhad dengan si Danish yang jalan perlahan. Nak dukung kang, banyak barang plak di tangan aku.

"Sis.."..macam x kena plak nak panggil macam tu

" Akak berbagpack!" Pun dia x dengar

" Akak berbaju merah" Kuat sikit aku laung...and kebetulan peniaga ikan nampak aku dok panggil akak ni, dia tolong tunjuk ke arah aku.

Kikiki...suara aku ayu sangat kot

Lepas bagi belon tu ke dia..kami pun berlenggang happily ke arah kereta..agak jauh aku parking. Tiba2 aku dengar ada org panggil aku...

Kalih2..tgk sorang laki kejar aku dr belakang...jinjing plastik ayam seekor..

Oh mengggggg..aku bayar ayam tapi x ambill...

Malu gila weh...

Mula2 tu aku tgk abg ni macam nak marah.

Tapi lepas aku ckp," Sori..lupa" dengan senyuman manis amat,

dia pun macam clueless..senyum..lepas tu pusing ke belakang menghala ke gerai dia jauh nun kebelakang..


aduhhhh...malunyeeeee.....
mesti abg peniaga ikan tu nmpk scene aku kejar sis berbaju merah...sementara abg jual ayam plak...kejar aku...

what a scenario!!!


kehkeh...

tiba2 teringat plak vidio di FB yang pasal rantaian org yg berbuat baik tu..pusing2...last2 org 1st buat baik..diperbuat baik oleh org lain..kikikikiki

Teringat plak kata2 , "If you cant find someone nice, be the one".


Ok..tu je..tadaa

P/s; By the way, minggu lepas tu aku pergi beli ayam di kedai lain dah.. masa lalu kedai ayam abg tu..laju je aku jalan..takut dorang kenal..wahahahahah