Total Pageviews

Daisypath - Anniversary

Pages

Sape yg datang jengah tu??

Sunday, July 24, 2016

Resipi Gulai lemak ikan tongkol versi Kelantan

Kita bersiaran lagi dengan resipi2 yang mampu menaikkan berat badan.
Nama resipi adalah seperti yang disebut di atas. Ikan tongkol atau lebih dikenali ikan ayo memang sedap dimakan begitu saja..eh..mmg sedap dibuat singgang, msk kari,goreng, sambal dan juga masak lemak kuning.

okey.lets checkedouttt.

bahan-bahan
ikan tongkol seekor saiz sedang
kelapa sebiji
lengkuas*
kunyit hidup*
asam keping
bawang merah*
bawang putih seulas*(resepi mak ambo guna bwg putih sikit)

cara-cara
1)Tumbuk bahan2 bertanda * sampai agak2 lumat sikit2
2) Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk,ikan,asam keping ke dalam periuk. Gunakan api kecil supaya tak pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam dan gula. Siap!!


Senagkan resepi mak jemah..senang and lazat.lagi lazat kalau makan dengn sambal lada dan ikan gelama masin..yummehhh x hengat...3 pinggan kau makan nanti

Nota kaki:
kalau suka ikan tu rasa masam2, kome boleh rebus dlu dengan asam keping...mak jemah suka ikan fresh..n x suka sangat ikan masam...kalau kuah gulai masam2 sikit xpe...ikan kalu, nehi2

Thursday, July 21, 2016

Kabinet Dapur

Selepas berhempas pulas menyimpan duit selama 2 tahun, akhirnya baru lah cukup duit untuk buat Kitchen Cabinet(KC). Mula- mula anggaran kasar dari kontraktor , aku perlukan RM15k.Anggaran cost ini aku dapat dari satu kontraktor Cina. Of course ini untuk Kabinet dapur semata-mata. Tak termasuk hidden cost, mischelenious cost and unsangkarable cost. Contingency cost kurang-kurang kena lagi ada dlm RM3k.

So,first step yang aku buat adalah dapatkan quotation dari few contractors...OPss..bunyi macam banyak sangat, actually 2 orang je pun...ahaks...Mula-mula aku ingatkan nak ambil dari 4 kontraktor, tapi disebabkan dua2 kontraktor ni bagi quotation very close, different by rm 500 je, so, aku buat kesimpulan kontraktor lain pun may be more less is same. And, by the way , both contractors is Malay. Mula2 risau jugak , sebab kome tau sendiri lah ye...malas nak cerita pasal tanggapan tipikal pada kotraktor Melayu. Sebab aku pun mula-mula tipikal. Tapi, bila dua2 kontraktor ni bagi quotation, terbuntang mata aku tengok...Cuma RM11k. kurang 27% okey.
Tipical me, so I decided to go ahead with Malay contractors, mainly because of the price ( which is I regret the most). And, konon nak tolong sesama Melayu. Ptuihhhhh...

Selepas berdiskusi dengan dua2 kontraktor, tengok offer diorang, and also tengok pengetahuan diorang, aku decided to go with Contractor S, iaitu orang taman aku jugak. Kedai dia pulak cuma di taman sebelah je. Reason I choose him:
1) Bila aku cakap nanti nak design macam ni ,,macam tu sambil tunjuk pic - semua dia cakap OK. and he can feedback well. Everything I request, he said possible , and his way is very promising.
Nota kaki: Aku ni sangat cerewet and complicated. Dalam telefon aku, penuh pic deco-deco and macam2 technology susun atur yang aku nak follow. kihkih..So, alang-alang nak buat KC kan, so kita menyeluk pekasam habis-habisan lah.

2) Contractor S fast response in term of replying wassap and also giving quotation .

3) Got few items FOC.

4) Kedai dia dekat je. In case jadi ape2, senang nak serbu.kihkih


Okey.. Panjang sangat mukaddimah kauuu..

So, being me, mula-mua aku plan bajet and senaraikan semua benda yang aku nak beli dan cost yang terlbat dalam excel file and simpan dalam google drive. Ini untuk membolehkan aku update dari laptop, and also dari mobile phone.

Senarai kos

KABINET DAPUR (KC)
KABINET TV (KTV)
EXTRA JOB(UNEXPECTED JOB SCOPE)
Hob and hood
Kipas dinding
Sinki
CAT+drill
SEWA LORI
KABINET AKSESORI
STOOL BAR
CAT HIJAU
VACUUM
WALL PAPER+STICKER


Opss, lupa nak habaq. Disebabkan cost KC adalah below my budget, so I decided to do Kabinet tv (KTV) also. ahaks...



So, inilah model KC idaman aku


Tak bleh tahan betol.. dream high...kihkih



Kerja2 KC aku ni quite major, sebab melibatkan hacking old table top, tinggikan floor, concrete balik, pasang tiles balik...sebab dulu dapur aku ada wall yang pisahkan wet kitchen dengan dry kitchen. Disebabkan wet kitchen sangat kecil, aku decide untuk hapuskan wall tu and jadikan satu je dapur.. tak payah nak dry2 kitchen sangatlah. Utilization Factor is very less, it is not good mehhhh..kihkih..poyo.

So..inilah dapur asal aku





So, ini prosesnye pulak






Ini pulak hasil akhir. Jauh la beza dengan dapur idaman. hakhak..Tapi, x pe lah....dah bajet pun terhad kan.syukur Alhamdulillah.






Aku banyak tambahkan detail2 untuk lebih mengorganizekan dapur . Contohnya macam kat bawah ni. Ye lah, sejak join group KSSA(Kami suka susun atur )dan few grouo deco( Deco Rumah bersama, Kami Suka deco2, etc) di FB, dah kronik plak aku ni. Semua benda nak organize , and mesti membuatkan kerja masak2 aku senang. Semua bahan memasak mesti senang dicapai.. hehe...So, hasilnya sangat menepati apa yang aku dok idam selama ni.





Dapur aku bersambung dengan tempat mendobi.


Nota kaki.

Banyak cabaran yang aku hadap dalam proses nak siapkan KC ni:
1) Kontraktor kerja sambil lewa. Hari ni datang separuh hari..esok tak datang..Lepas tu x pandai nak wassap or call bagutahu pekerja x dapat datang. Bila aku tanya:
oooo dia MC...
Oooo..dia demam...
OOoo..hari ni sorang je..
oOOO...dia buat kerja tempat lain hari ni...(dooooohhhh..)

Mula2 aku estimate kerja tu boleh siap dalam 2 minggu, tapi rupanye exactly sebulan . Itupun sabtu ahad aku terpaksa allow dorang buat kerja.. Kadang2 sampai malam, sampai aku request kerja2 bising jangan kerja over 7mlm, sebab x nak ganggu ketenteraman jiran. Macam mana tak bawa ke malam weh, kalau datang kerja start pukul 12 tgh hari..aduhaiiiii...x pernah aku kerja ngan orang gini. Memang terbaeeek lah lesson ni. Selama ni aku kerja dengan contractor2 di kilang, memang btol2 standard kilang lah. datang kerja awal pagi..respect dateline, boleh tahan maki. Ini , aku nak maki pun aku risau, ...kang esok merajuk x nak datang...mamposss aku...
Bukan nak racist la,,sebab aku pun Melayu tapi...kontraktor ni betol2 buat aku serik!!

Dah la sekejap2 suruh aku top up duit. Sampai ke kerja semua siap, cuma tinggal RM1000 je balance nye..
Tak tau la sebab dia x de duit nak running modal, atau tu memang taktik dia nak elak dari customer yang liat buat payment. Sama ada dia sengkek atau genius.

2) Kontraktor aku ni suka sepah barang2 peralatan kerja dia: macam grinder, hammer , skru, drill etc. Lepas kerja, tinggal je tergolek atas lantai. Tak ada 5S sistem langsung. Husband aku ni dah lah x boleh tengok benda bersepah, lantai berhabuk sampai nak pijak pun tak ada ruang. Setiap hari lepas kontraktor balik, dia akan sapu, kemas barang2 dan mop lantai bila teruk sangat. Few days macam tu, lepas tu aku tgk nasib baik la kontraktor ni reti bahasa. BAru dia ada sapu2 ..and kadang2 siap mop kan sekali..kihkih..

3)Kerja-kerja dia kurang kemas:
a) Lighting sampai 3x ulang repair asyik rosak ok rosak ok rosak ok.
b) Paip bocor sampai banjir ke hall cuma setel lepas 3 hari
c) Banyak la kerja kecil2 yang kena komen perlu di touch up. Tu biasa la kan..acceptable. Yang bagusnye kontraktor ni, bila aku komplen x pernah cakap TAK,Tak BOLEH atau apa2 ayat yang menyakitkan hati. YAng dia selalu jawabt, OK,SY REPAIR,BAIKLAH,BOLEH....
So, yang ni dah menurunkn sikit darah yang baru nak naik.
d) lepas semua kerja dah totally siap, ada few things yang rosak and kebanyakan sebab skru tercabut. Workmanship out. Sampai searang ada 1 kerja pending. Aku rasa memang x datang dah tu...dah sebulan lebih pun...duit dah abes bayar...aku pun malas nak follow up..kalau dia kontraktor yang jujur..dia akan datang walau aku x follow up..Kalau dia jenis kontraktor yang pegang pada duit semata2 utk buat kerja, dia x akan datang.. Aku malas nak sakit kepala. NAnti minta encik suami je la betolkan(mintak2 dia pandai)
e) Rubbles dari hacking job penuh belakang rumah. Lepas totally abes kerja baru diorang clearkan.. Sampai dah ada tikus besar aku tengok , sampai dh ada nyamuk rumah aku skarang....aduhai...

Kesimpulan, aku hanya mampu merancang, tapi Allah adalah sebaik2 perancang.

Pengajaran: Kerja2 construction ini adalah susah!!